MALAYSIA: Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan isu seorang posmen dipercayai mencederakan seekor anjing yang berada di dalam pagar dengan melastik kepalanya.
Tak lama setelah itu, menerusi perkongsian daripada selebriti dan juga pelawak terkenal, Shahro Shiro, posmen yang dikenali sebagai Dollah telah datang menemui Mr. Siva iaitu pemilik anjing tersebut untuk meminta maaf.
BACA: POSMEN LASTIK ANJING MUNGKIN AKAN DIBERHENTIKAN? SETELAH BELIAU DIGANTUNG TUGAS?
BACA: POS MALAYSIA SIASAT VIDEO LITAR TERTUTUP POSMEN MELASTIK ANJING HINGGA CEDERA
Jadi setelah beberapa rundingan dan sharol shiro sebagai orang tengah pemilik haiwan tersebut bersedia memafkan kelakuan posmen tersebut iaitu Dollah dan pemilik haiwan tersebut bersedia untuk menarik kembali dakwaan tersebut. Kedua-dua belah pihak berlapang dada untuk meminta maaf dan memaafkan.
Dollah bakal kembali bertugas semula
Mereka dilihat duduk semeja dan berbincang dengan baik bagi menyelesaikan perkara terbabit. Posmen itu juga dengan seikhlas hati memohon maaf dan menyedari kesilapannya.
Sebentar tadi, Shahrol sekali lagi berkongsi maklumat apabila Mr. Siva dan isterinya Puan Magesh telah menarik balik laporan polis yang dibuat atas tindakan posmen berkenaan di mahkamah.
Lebih menggembirakan, posmen itu juga akan kembali bertugas tidak lama lagi dan segala permasalahan dianggap selesai.
Hal ini dikhabarkan oleh Mr. Siva dan Dollah dalam pertemuan mereka pagi tadi apabila Shahrol mendapat panggilan telefon dari pemilik anjing itu untuk ‘ngeteh’ bersama-sama mereka.
Terima kasih Shahrol kerana menjadi orang tengah
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah mengucapkan rasa syukur diatas khabar gembira ini.
Mereka juga berasa terharu diatas kerendahan hati kedua-dua pihak yang sama-sama mencari jalan penyelesaian tanpa memperbesarkan lagi kes.
'ALHAMDULILLAH SYUKUR'
'ALHAMDULILLAH DAPAT DISELESAIKAN DENGAN BAIK'
Sumber: Kini.Mysumber
Sumber: IGSharolShiro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda
0 Response to "Pemilik tarik balik dakwaan kes, posmen yang melastik anjing bakal kembali bertugas"
Catat Ulasan