Posmen lastik anjing Mungkin Akan Diberhentikan? Setelah beliau digantung tugas?

Gambar dari litar tertutup 




    KLUANG - Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) menggantung tugas seorang kakitangannya yang bertugas sebagai posmen kerana melastik mata seekor anjing peliharaan menggunakan getah di hadapan sebuah rumah di Kluang, Johor.

    Aksi posmen itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 21 saat hingga tular di laman sosial.

    Menerusi kenyataan Pos Malaysia, pihaknya kesal dengan perbuatan kakitangannya itu dan telah menggantung tugas sementara siasatan dalaman dilakukan.

 

Getah yang digunakan untuk lastik anjing 


“Kami telah mengenal pasti posmen yang berada dalam video itu dan dia telah digantung kerja sementara menunggu hasil siasatan.

 

“Pos Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan daripada pekerja kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas termasuk menamatkan perkhidmatan mereka,” katanya.

mata anjing yang dilastik membengkak




Pada Selasa, Facebook Malaysia Independent Animal Rescue’ (Miar) telah memuat naik video memaparkan tindakan posmen tersebut.

Difahamkan, anjing berkenaan mengalami kecederaan pada mata kirinya akibat perbuatan posmen tersebut.

Sebelum ini, warga maya mengecam tindakan posmen itu yang melakukan perbuatan mencederakan haiwan dengan melastik dari luar ketika menghantar surat di rumah tersebut.


Video rakaman dari litar tertutup(CCTV)



Video berkenaan telah ditonton lebih 34,000 warga maya hingga tular sehingga kini.


Sumber Video: MDH VIRAL CHANNEL

Sumber: MStar

Sumber:Info rentas Asia


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Posts:

0 Response to "Posmen lastik anjing Mungkin Akan Diberhentikan? Setelah beliau digantung tugas?"

Catat Ulasan