Pos Malaysia sedang menyiasat aduan seorang posmen
didakwa mencederakan mata seekor anjing dengan melastiknya dari luar pintu
pagar sebuah rumah.
“Pos Malaysia sedang menyiasat
kejadian itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap posmen itu jika
didapati bersalah,” kata jurucakap Pos Malaysia kepada FMT.
Dalam satu rakaman CCTV selama 21
saat yang dimuat naik ke Facebook “Malaysia Independent Animal Rescue”, seorang
lelaki berpakaian
seragam Pos Malaysia yang menaiki
motosikal melihat seekor anjing dalam perkarangan rumah pemiliknya.
Lelaki itu kemudiannya menggunakan
alat dilihat seperti getah lastik untuk melastik anjing itu, yang bergerak ke
tempat lain. Catatan Facebook itu menyatakan mata kiri anjing itu cedera.
Kejadian itu didakwa berlaku di Kluang, Johor pada Isnin.
Sebuah kumpulan hak haiwan
menyifatkan kejadian itu “sangat mengejutkan dan membimbangkan”, serta menggesa
Pos Malaysia memohon maaf kepada keluarga terbabit dan menghukum pelakunya.
Rajesh Nagarajan daripada kumpulan
Peguam untuk Hak Haiwan berkata, pemilik anjing itu memaklumkan beliau akan
membuat laporan polis.
Katanya, Pos Malaysia juga perlu
membuat laporan polis bagi memastikan pelakunya didakwa. -FMT
RAKAMAN LITAR TERTUTUP:
Sumber Video: MDH VIRAL CHANNEL
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
0 Response to "POS MALAYSIA SIASAT VIDEO LITAR TERTUTUP POSMEN MELASTIK ANJING HINGGA CEDERA"
Catat Ulasan