Suami Temb@k isteri, kemudian sumb@t dalam tong

 



Johor Bahru: Misteri keh!langan seorang ist3ri yang didakwa melarikan diri dari rumah akhirnya terjawab apabila may@tnya ditemui secara tr@gis dalam sebuah t0ng air yang tertanam di sebuah ladang sera!, di Bandar Penawar, pagi semalam.

Lebih mem!lukan, suaminya yang berusia 43 tahun, menjadi suspek utama yang dipercayai men3mbak isterinya yang berusia 38 tahun, ketika wanita berkenaan sedang tidur di kediaman mereka di Taman Saujana, Kota Tinggi.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes berkenaan dipercayai bermotifkan c3mburu, selain polis turut menemui surat tuntvtan fasakh di kediaman berkenaan.

Katanya, kes ini bermula apabila j!ran mangsa membuat laporan berkaitan kehilangan ibu dua anak berkenaan, Isnin lalu.

Katanya, ia membawa kepada pen@hanan suami wanita berkenaan serta seorang lagi lelaki yang berusia 32 tahun yang juga rakan baiknya, keesokan harinya bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan awal ke atas suami wanita itu, suspek mendakwa isterinya keluar rumah kira-kira 2 pagi, Isnin lalu dan tidak pulang ke rumah sejak itu.

"Suspek mendakwa berl@ku perselisihan faham dengan ist3rinya itu sebelum mangs4 keluar rumah.

"Bagaimanapun, suami mangsa yang juga seorang pemandu jengk4ut akhirnya mengaku membunvh isterinya ketika wanita berkenaan sedang tidur dengan menggunakan senap4ng angin.

"Mayat wanita malang berkenaan dimasukkan ke dalam tong air berwarna biru bersama kain cadar sebelum ia dibawa ke sebuah ladang serai di Bandar Penawar, lebih 30 kilometer dari kediaman mereka dan ditanam di situ," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, suspek kemudian menunjukkan lokasi isterinya ditanam, semalam kira-kira jam 10.30 pagi.

Katanya, mayat mangsa yang diisi di dalam tong air itu ditemui tertanam sedalam kira-kira dua meter di ladang serai berkenaan.

"Kita percaya suspek membawa tong air biru itu di dalam pacuan empat roda miliknya ke ladang berkenaan sebelum menggunakan jengkaut bagi menggali lubang bagi menanam tong berkenaan.

"Hasil siasatan lanjut di rumah suspek menemukan selaras senapang ang!n, selaras senap4ng patah, 54 butir peluru penabur 12 bore, sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Pajero dan jengkaut," katanya.






Beliau berkata, siasatan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan mendatangkan kecederaan dan pemilikan senjata api.

Ayob Khan berkata, kedua-dua suspek ditahan reman enam hari bermula hari ini hingga Rabu depan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori,jika sabit kesalahan.

"Kedua-dua suspek turut disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960. Polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh tiga hari selepas laporan dibuat," katanya.







Sumber: Harian Metro


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.


Related Posts:

0 Response to "Suami Temb@k isteri, kemudian sumb@t dalam tong"

Catat Ulasan