Syura Mendedahkan Kenapa Memilih Setiap Tawaran Diterima. Ini Sebab Mengapa Syura Memilih Tawaran Tersebut

 


Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi Syura Badron, 34, mengakui pengalaman berhadapan situasi menagih bayaran di atas kerja seni yang sudah dilakukannya, cukup memenatkannya.

Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron berkata jika tidak ditagih pasti lambat dibayar atau tidak akan dapat langsung. Jadi, disebabkan ia adalah hak sendiri, penat macam mana pun kena ditagih juga.

“Selepas belajar daripada pengalaman, saya kini mengambil pendekatan berurusan secara tegas dan lebih berhati- hati dalam membuat sebarang perjanjian kerja bagi setiap tawaran diterima,” katanya.

Mengulas juga mengenai bayaran teater Korupsi Dewan Semandung lakonannya yang tertangguh sebelum ini, Syura berkata bayaran sudah pun diselesaikan sepenuhnya oleh pihak penerbit.

“Saya memang sangat berhati- hati sekarang. Banyak perkara akan saya teliti terlebih dahulu sebelum memberi kata setuju menerima sesuatu tawaran itu. Malah, saya juga memastikan perjanjian bayaran akan diterima pada tarikh ditetapkan,” katanya.

Kata ibu kepada tiga anak ini, dia bertindak sedemikian bukan disebabkan trauma dengan situasi pernah dilalui, cuma tidak mahu keadaan menjadi rumit dan pisang berbuah dua kali.

“Sekarang, apa sahaja tawaran kerja seni yang saya terima sama ada berlakon drama, menyanyi dan mengacara, saya amat teliti dengan kontrak dibuat, termasuk tarikh bayaran ditetapkan.

“Walaupun saya tidak bersikap ‘demand’, tetapi pengalaman berhadapan situasi harus menagih bayaran sebelum ini sangat memenatkan. Jadi, lebih baiklah saya berhati- hati dan tegas,” katanya.

Syura yang kini memberi tumpuan pada pernigaan produk kosmetik jenama Charmant diusahakan, berkata dia juga bakal terbabit dengan satu program komedi. Bahkan, dia juga menyimpan impian tampil dengan lagu baharu bergenre Irama Malaysia jika berpeluang.

Sudah enam tahun memegang status ibu tunggal, Syura kini bahagia di sisi anak-anak iaitu Nurul Dania, 13, Nurul Qaisara Sofea, 11, dan Mohd Irfan Aryan, 9.

sumber artikel Harian Metro

Sumber artikel Info rentas Asia


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Posts:

0 Response to "Syura Mendedahkan Kenapa Memilih Setiap Tawaran Diterima. Ini Sebab Mengapa Syura Memilih Tawaran Tersebut"

Catat Ulasan