Malaysia: Usahawan
kosmetik dan selebriti, Safiey Ilias, 26, dikatakan bakal berdepan hukumn
penj4ra membabitkan kes4lahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) iaitu
Peraturan-Peraturan Kawalan D4dah dan Kosmetik 1984.
Menurut sumber Harian Metro, waran tangkap juga sudah dikeluarkan
kepada penyanyi lagu Syinta Gila itu selepas dua kali gagal hadir pada
prosiding yang dijalankan.
Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias ketika
dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
“Saya tak nak komen apa-apa dulu sebab sudah menjadi kes mahkamah.
Saya akan beritahu kelak sehingga kes ini selesai Isnin ini.
“Saya sendiri tidak tahu akan perbicaraan kes ini. Sebab semasa
writ saman dihantar, saya juga tak pasti sama ada ia dihantar ke pejabat atau
rumah. Kalau pejabat, pejabat sudah tutup lama. Kalau di rumah, saya pula
berada di kampung sejak Ogos lalu akibat masalah depresi dan bipolar.
“Kalau saya tahu akan kes ini, pasti saya beri kerjasama
sepenuhnya kerana saya tidak pernah lagi gagal hadir mana-mana kes lain di
mahkamah sebelum ini.
“Saya harap tidak timbul sebarang spekulasi yang bukan-bukan. Saya
janji akan berkongsi. Terima kasih atas sokongan diberikan kepada saya,”
katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai produk yang dikatakan tidak mengikut garis
panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Safiey berkata, ia bukan produk
untuk dipasarkan.
“Kilang beri contoh produk. Saya cuma ingin berikan ‘tester’
kepada peminat saya. Ia belum untuk dijual dan tidak langsung saya promosikan
di laman sosial saya.
“Biasanya saya menerima banyak contoh produk dari kilang di
Malaysia. Saya suka minta kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada peminat
untuk mencuba keberkesanan. Jika berkesan, baru saya akan jual dan ikut
prosedur pendaftaran bagi tujuan kelulusan produk sebelum dijual.
“Tak perlu risau akan produk keluaran saya kerana saya sudah
berniaga sejak berusia 16 tahun lagi dan sentiasa peka dengan peraturan dan
prosedur sebelum produk dijual,” katanya.
Difahamkan, Safiey perlu hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur,
Isnin ini bagi mendengar keputusan kes itu.
sumber metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
0 Response to "Ini Sebab Kenapa Safiey Ilyas Bakal Ke P3njara"
Catat Ulasan