Terlalu Ramai Yang Datang Ke Pantai Teluk Cempedak. Ini apa yang dicadangkan oleh PDRM


DALAM NEGERI: Polis di bandar kuantan ini melihat wujudnya keperluan untuk menghadkan jumlah pengunjung yang datang ke pantai peranginan Teluk Cempedak, di sini dalam usaha mengawal penularan semula wabak COVID-19.

 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata cadangan itu akan dibincangkan dengan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

 

Katanya, langkah itu juga bertujuan untuk menyekat dan menghadkan jumlah pengunjung yang terlalu ramai berada di pantai peranginan itu pada satu-satu masa.

 

“Polis mendapati terlalu ramai orang berada di pantai peranginan itu, bukan saja pengunjung tempatan, malah dari luar Pahang.

 



“Walaupun kita dapati keseluruhan pengunjung mematuhi arahan pemakaian pelitup muka yang berkuatkuasa 1 Ogos tetapi aspek penjarakan fizikal tidak diberi perhatian oleh mereka.

 

“Oleh itu, kita akan berbincang dengan MPK untuk menghadkan jumlah pengunjung bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya kepada media, hari ini.

 

Mohamad Noor berkata, pihaknya juga akan meneruskan pemeriksaan untuk memastikan pelaksanaan kewajipan memakai pelitup muka dilakukan dari semasa ke semasa.



 Kelihatan anggota unit RELA sedang bertugas dan melakukan pemeriksaan di Kawasan Pantai Teluk Cempedak.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat mematuhi SOP yang ditetapkan dan yang paling utama ialah penjarakan fizikal untuk keselamatan.

 

“Lokasi tumpuan orang ramai termasuk pasar tani dan pasar malam turut diberi perhatian dan diharapkan garis panduan yang ditetapkan PBT dipatuhi terutama peniaga,” katanya.


SEDUTAN BERITA TENTANG PDRM AKAN MENGHADKAN PENGUNJUNG

       


 

Sumber: BHARIAN ONLINE

Sumber: INFO RENTAS ASIA


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Posts:

0 Response to "Terlalu Ramai Yang Datang Ke Pantai Teluk Cempedak. Ini apa yang dicadangkan oleh PDRM"

Catat Ulasan