'REJECT' AMERUL AFFENDI adalah SATU KESILAPAN yang BESAR DIBUAT oleh PIHAK PRODUKSI



Malaysia: Info Selebriti: Netizen mempertikaikan tindakan sesetengah produksi dan stesen televisyen yang tidak mahu mengambil aktor sehebat Amerul Affendi.

 

Ini kerana ada pihak yang lebih mengutamakan populariti di media sosial serta (rupa) untuk memilih pelakon sebagai watak didalam sesebuah filem.

 

Selain itu, Pelakon dalam filem Bunohan ini, iaitu Amerul Affendi menyindir sesetengah produksi dan stesen televisyen yang mengutamakan populariti di media sosial untuk dipilih sebagai pelakon untuk memegang watak didalam sesebuah filem.

 

Dan perkara ini sering terjadi buat pelakon-pelakon hebat dan tidak (kayu) yang mana sangat-sangat menghayati sesuatu watak, antaranya ialah Amerul Affendi.

 

Perkara itu membuatkan Amerul juga tertanya-tanya dan telah menulis di twitter-nya adakah dia harus menambah bilangan pengikut akaun Instagramnya untuk mencapai piawaian 500,000 pengikut agar diterima untuk memegang suatu watak sebagai pelakon didalam sesuatu filem.



Amerul Affendi menulis:

"Instagram baru ada 100,000 followers. Maknanya lambat lagilah stesyen televisyen nak ambil berlakon dalam produksi mereka.

 

"Sebab depa kata 500,000 baru dipertimbangkan.

 

"Nak beli follower kang saya rasa menipu pihak stesen televisyen pula. Bukankah itu berdosa? Jadi apa patut saya buat?" ciapnya di Twitter baru-baru ini.

 

Menerusi media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan perkara berkenaan kerana sikap sesebuah produksi dan stesen televisyen.

 

Mereka juga menyatakan pengarah tidak sepatutnya menetapkan piawaian dan garis had seperti itu untuk pelakon menerima watak dan lebih memfokuskan kepada lakonan dari pelakon yang berkualiti.



Terdahulu, Amerul membuat luahan hati menerusi ciapan di akaun Twitter-nya.

 

Keluhan Amerul itu mendapat perhatian beberapa rakan selebriti antaranya Sharifah Amani dan Bront Palarae. Selain itu, pelakon Nam ron juga ada memuat naik 'post' do Twitter-nya.

 

"Patut bersyukur bro. Tak keluar TV tapi masih disayangi dan dihormati. Tuhan menjaga mu dari noda dan goda, Jangan Tergoda" tulis Bront.



"Ini sebabnya anda perlu follow pelakon kegemaran anda di Instagram. Tak cukup followers bermakna tiada job bermakna tidak cukup duit untuk menyara keluarga.

 

"Ya, tak masuk akal tapi benda ini memang terjadi," tambah Amani.


 Pelakon Nam Ron juga ada memuat naik 'post'  di Twitter-nya



Pandangan yang diutarakan oleh Amerul telah mendapat sokongan ramai dan menurut tinjauan, jumlah pengikut akaun Instagram Amerul semakin bertambah 1,000+- dan ke atas .

 

Disebabkan isu itu juga, rata-rata netizen mula mengambil inisiatif untuk membantu Amerul dengan mengikuti pelakon hebat tu di akaun Instagramnya.

 

Sehingga kini jumlah pengikut di akaun Amerul Affendi sudah mencapai lebih dari 200,000 berbanding sebelum ini.

 

ANTARA LUAHAN DAN RASA KECEWA NETIZEN

Rejecting Amerul Affendi is the stupidest thing a director can do”.


Pendapat penulis, adalah tidak sepatutnya pihak produksi melakukan hal seperti itu kepada pelakon-pelakon yang mempunyai kualiti yang tinggi. Kerana apabila pelakon tidak 'kayu' yakni bermutu dipilih memegang sesuatu watak maka Kualiti filem tersebut akan bertambah padu.

 

Jika pihak produksi hanya lebih memetingkan pelakon yang hanya popular dan ada 'rupa' tetapi 'kayu' dan tidak bermutu, maka keberkesanan dalam penghasilan sesebuah filem yang padu itu tidak sepadu filem yang mengandungi pelakon yang bermutu. dan yang 'kayu' ini memang ramai kuantitinya.

 

Maka diyakini bahawa filem yang dihasilkan tidak akan pergi jauh kerana nilai dan kualiti tiada.

 

Falsafah ada menyatakan “KUANTITI TIDAK AKAN DAPAT MENGALAHKAH KUALITI.



Sumber; GEMPAK
Sumber: MSTAR
Sumber: INFO RENTAS ASIA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.


Related Posts:

0 Response to "'REJECT' AMERUL AFFENDI adalah SATU KESILAPAN yang BESAR DIBUAT oleh PIHAK PRODUKSI"

Catat Ulasan