Malaysia: Tindakan
pengguna lebuh raya yang menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan Lebuhraya
Kuala Lumpur–Karak baru-baru ini menimbulkan perdebatan ramai.
Pada
mulanya terdapat warganet memuatnaik gambar di Facebook memuji tindakan
pengguna jalan raya yang berhenti untuk menunaikan solat subuh.
Malah
ramai warganet lain yang turut memuji tndakan tersebut yang disifatkan tidak
lupa kepada tanggungjawab sebagai umat Islam.
Bagaimanapun,
perdebatan di kalangan warganet mula timbul bila ada segelintir yang
mempersoalkan tindakan solat di lorong kecemasan itu kerana berbahaya sama ada
untuk diri sendiri atau pengguna lain.
Perkara
tersebut telah menarik perhatian Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman
yang memberikan pendapat beliau.
Melakukan
sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah HARAM
”
Melakukan sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah HARAM walaupun perkara
dilakukan itu wajib, cuba ikhtiar supaya dapat solat pada waktu tepat dalam
keadaan selamat.”
Demikian
komen DS Abdul Rahman berhubung tindakan pengguna lebuh raya yang menunaikan
solat Subuh di lorong kecemasan di Kilometer 32, Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak
(KLK) akibat kesesakan lalu lintas ketika pulang ke kampung bagi sambutan
Aidiladha.
Abdul
Rahman berkata, solat adalah perkara wajib dilakukan umat Islam bagaimanapun
Islam meletakkan pemeliharaan nyawa sebagai Tunjang utama.
”
Matlamat memelihara agama (hifz al-din) tidak akan tercapai kecuali dengan
memelihara nyawa (hifz al-nafs).
”
Begitu juga dalam situasi ini, jika membahayakan nyawa hukumnya adalah HARAM
tetapi solat wajib dilakukan terutama waktu Subuh yang tidak boleh dilakukan
secara jamak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Dibolehkan
solat tepi jalan jika terdesak, tapi perlu…
Katanya,
jika keadaan terdesak hingga menyebabkan pengguna jalan raya perlu menunaikan
solat di tepi jalan, mereka perlu memastikan diri dan orang ramai selamat.
”
Mungkin pengguna berkenaan boleh memasang lampu atau meletakkan benda supaya
dapat memberitahu pengguna jalan raya lain.
”
Bagaimanapun, jika keadaan terdesak, boleh melakukan solat secara menghormati
waktu tetapi wajib qada sebaik tiba di destinasi masing-masing,” katanya.
Katanya,
itulah pentingnya merancang perjalanan dan lebih elok mencari tempat yang
bersesuaian untuk menunaikan solat.
Hari
ini, syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad (ANIH) menggesa
orang ramai tidak menunaikan ibadah solat di lorong kecemasan lebuh raya atas
faktor keselamatan.
ANIH
dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya bimbang jika dibiarkan keadaan itu
berterusan menyebabkan penunggang motosikal dan kenderaan lain tidak menyedari
kehadiran individu sedang menunaikan solat di lorong kecemasan.
Sebelum
ini tular dua wanita bertelekung dilihat menunaikan solat di tepi lebuh raya
dipercayai berhampiran Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah hingga
mengundang pelbagai reaksi netizen.
Lakukan
lah yang mana lebih afdhal. Dalam Islam sudah digariskan panduan2 jika hendak
sola antaranya solat menghormati waktu tetapi selepas sampai ke destinasi hendaklah
qadha solat itu Kembali. Kemudian solat didalam kereta. Banyak lagi tatacara
solat Ketika Musafir yang telah digariskan oleh ISLAM.
Sumber:
MY METRO
Sumber:
BERITA HARIAN ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
0 Response to "Individu Solat Subuh di Lorong Kecemasan Sebab Jalan Jem. Sekali Mufti Kata Haram, Ini Sebabnya"
Catat Ulasan