KUALA LUMPUR: Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) menggesa usul yang dibuat
di Dewan Rakyat oleh Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) menarik balik kenyataannya
yang menyatakan dan menyamakan bahawa Nabi Muhammad adalah pelarian.
Beliau berkata, kenyataan itu merupakan suatu kesimpulan yang tidak
benar dan mengelirukan dewan dan Islam itu sendiri.
“Dia Sebut (Nabi) Muhammad sebagai pelarian adalah tidak benar dan
bermasalah dari sudut tafsiran dan definisi.
“Ini kerana (Nabi) Muhammad bukan pelarian, tetapi berhijrah ke Madinah
kerana dijemput oleh penduduk Madinah dan dilantik menjadi pemimpin Madinah,”
katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun timbalan speaker, Mohd Rashid Hasnon berkata, Mohamad tidak
berada di dalam Dewan Rakyat dan meminta Fadhli menulis surat bagi mengemukakan
usul itu.
Sebelum itu, Mohamad mengingatkan bahawa tokoh penting dalam Islam juga
pernah menjadi pelarian, termasuk Nabi Muhammad.
“Jangan kita lupa sejarah. Jangan kita anggap kita lupa Islam itu
ditegakkan oleh para pelarian, khasnya Nabi Muhammad yang menjadi pelarian atau
berhijrah dari Mekah ke Madinah,” katanya di Dewan Rakyat.
Kenyataan beliau dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia kerana ianya tidak tepat dan beliau digesa untuk tarik balik kenyataan yang tidak benar itu.
USTAZ KAZIM ELIAS JUGA SUDAH BERBUNYI
Beliau berkata: “Minta orang politik ni berhati2 sikit bila bercakap. Jgn main sedap mulut je buat analogi.Apa ke hal disamakan Nabi saw mcm pelarian? Fahami makna pelarian, refugee dan hijrah baik2.Main sedap mulut je nak cakap?”
Nabi manakah yg lari
daripada perjuangan dan tugasan daripada perintah Allah? Tidak ada nabi yg lari
meninggalkan perintah Allah swt walaupun beratus tahun berdakwah sehingga
dibunuh. Dengan mengistilahkan Nabi saw sebagai Pelarian adalah sangat kurang
sopan. Sedangkan perintah berhijrah adalah datangnya daripada Allah swt. Berapa
ramai para Nabi yg dibunuh dalam menyampaikan risalah Allah swt.? Mereka
diseksa dibunuh malah Nabi Mohd saw yg paling keras ditentang oleh org Quraisy
di Mekah.Nabi saw tidak lari tetapi diperintahkan utk berhijrah oleh
Allah swt.
Nabi saw sangat2
dialu-alukan oleh penduduk Madinah untuk berhijrah ke sana seterusnya membina
sebuah negara Islam pertama. Bukankah berlaku bai’ah antara Nabi saw dgn org2
Madinah di musim haji untuk menjadikan Islam sebagai asas kepada pembentukan
sebuah negara. Bai’ah Aqabah inilah yg terjadi selepas beberapa kali rombongan
Madinah melihat perjuangan Nabi saw. Mana boleh dikatakan pelarian kalau adanya
baiah dan undangan serta persetujuan bersama?
Adakah negara dlm dunia ini menjemput pelarian
utk dijadikan pemimpin negara mereka?
Diharap untuk mat sabu kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. dengan menyatakan sesuatu yang tidak benar terhadap Rasulullah adalah besar dosa nya.
SEDUTAN VIDEO MAT SABU MENYATAKAN RASULULLAH SEBAGAI PELARIAN

UCAPAN DARI MENTERI AGAMA BERKAITAN KENYATAAN MAT SABU
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Nabi Muhammad tidak melarikan diri ketika
berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Beliau berkata, Nabi Muhammad berhijrah atas
perintah Allah selepas merujuk dalam 1 kitab fiqh sirah karya Syeikh Muhammad
Said Ramadan Al-Buti.
“Terima kasih dan pertama saya mohon maaf
sebab masa itu saya tidak ada dalam dewan. Kedua, sekadar melihat beberapa
sedutan semata-mata sepatutnya kalau kita lihat keseluruhan beliau (Mohamad
Sabu) ada menafsirkan maksud 1 persatu.
“Saya teringat dalam 1 kitab fiqh sirah yang
dikaryakan oleh guru kami Syeikh Muhammad Said Ramadan Al-Buti apabila beliau
mentakrifkan hijrah. Beliau menyatakan Nabi Muhammad tatkala hijrah ke kota
Madinah bukanlah bermakna Nabi Muhammad melarikan diri.
“Tetapi atas perintah tuntutan Allah dan
istilah hijrah adalah berbeza sangat dengan mana-mana terma dari segi agama
berbanding dengan yang lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Zulkifli berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Fasiah Mohd Fakeh
Berhati-hatilah ketika menuturkan sesuatu ayat. Semoga sama-sama kita ke arah yang lebih diredhai ALLAH.
Sumber: Berita Harian
Sumber: Malaysia Kini
Sumber: FMT News
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
0 Response to "Mat Sabu digesa tarik balik kenyataan Nabi Muhammad sebagai pelarian"
Catat Ulasan