BEIRUT
- Seramai 100+- orang terbunuh dan 3,700+- lagi cedera dalam dua letupan besar yang
menggegarkan Beirut semalam, kata Kementerian Kesihatan Lebanon.
Letupan
itu menyebabkan beberapa buah bangunan terdekat musnah dan yang berjauhan bergoyang
seakan gempa bumi sedang berlaku dan kepulan asap penuh menjulang ke langit.
Stesen televisyen LBC pada awalnya memetik Menteri Kesihatan, Hamad Hasan berkata, letupan di tengah Beirut itu telah menyebabkan ramai orang cedera dan berlaku kerosakan yang sangat besar.
Akibat letupan itu, banyak bangunan di ibu kota itu musnah dengan tingkap kediaman berkecai dan siling runtuh.
Media-media Lebanon turut menyiarkan imej mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dengan sebahagiannya berlumuran darah.
Setakat
ini, punca kejadian masih tidak diketahui.
Satu
sumber keselamatan mengesahkan dua letupan berlaku dan menggegarkan kawasan
pelabuhan di sekitar bandar raya Lebanon itu.
Letupan
di kawasan pelabuhan ibu kota itu dengan gegaran kuat boleh dirasai sehingga ke
Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer (km) daripada lokasi kejadian.
Ketua
keselamatan dalam negeri, negara itu, Abbas Ibrahim berkata, satu letupan besar
berlaku di bahagian yang menempatkan bahan letupan berkuasa tinggi.
Seorang
ko-responden AFP yang berada di tempat kejadian berkata, setiap kedai di Hamra
iaitu sebuah pusat komersial mengalami kerosakan besar termasuk sejumlah
kereta.
Menurutnya,
asap hitam turut menyelubungi kawasan pelabuhan itu.
via signal. fireworks and then an explosion
— MONSTER 😎😎 (@vishwavel17) August 4, 2020
Pray For Everyone 😭
It's unbelievable 😭😭😭😭#Beirut #Lebanon
pic.twitter.com/Vvgzys17Ap
Letupan
kuat itu juga dapat dirasai di seluruh bandar raya itu dan bekalan elektrik
terputus di beberapa buah daerah.
"Bangunan-bangunan
bergoyang," menurut seorang penduduk menerusi Twitter.
Sementara itu, mangsa-mangsa yang berlumuran darah termasuk kanak-kanak mendapatkan rawatan di luar Pusat Perubatan Clemenceau.
Ketua
Keselamatan Dalaman Lubnan, Abbas Ibrahim, dalam satu kenyataan, enggan
menimbulkan sebarang spekulasi berhubung tragedi berkenaan berikutan siasatan
terperinci sedang dijalankan.
Presiden
Lebanon, Michel Aoun mendesak supaya satu mesyuarat pertahanan kebangsaan
diadakan dengan segera manakala Perdana Menteri, Hassan Diab mengisytiharkan
Rabu sebagai hari berkabung. - Agensi
GAMBAR MENUNJUKKAN KEADAAN DI SANA SETELAH LETUPAN BERLAKU
Terdapat
rakaman video yang menunjukkan letupan awal dengan kepulan asab tebal serta api
marak menjulang dan menggegarkan bangunan di sekitar ibu kota.
Watch the moment when a massive explosion rocked the Lebanese capital, Something to be done soon for relief and rescue @WiredUK @wonderofscience @Twitter @kayvz #Lebanon #Beirut #Video pic.twitter.com/hW6bUYAPJF
— Rajan Chaudhary (@EditorRajan) August 4, 2020
Explosion Scenes from Beirut are Heart breaking and Heart wrenching 💔💔💔 Pray for #Beirut pic.twitter.com/DsiOwset1B
— Leonel Ritchie™ (@LeonelRitchie) August 4, 2020
Letupan
itu berlaku beberapa hari sebelum tribunal antarabangsa Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjatuhkan hukuman terhadap empat lelaki yang
dituduh membunuh bekas Perdana Menteri, Rafik Hariri dan 21 individu lain dalam
satu kejadian pengeboman pada 2005.
Suspek
dikenal pasti sebagai anggota kumpulan militan Iran, Hezbollah.
Kejadian
letupan itu amat mengejutkan penduduk yang masih bergelut menghadapi ancaman
pandemik COVID-19 dan dalam masa sama, kerajaan turut menyebabkan negara itu
krisis kewangan yang serius. - AGENSI
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Berita Harian Online
Sumber: Sayaiday.com
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Semoga dipermudahkan urusan dan selamat semuanya di Beirut.
BalasPadamAmiin..semoga umat islam di sana di pelihara Allah
Padam