Letupan di Beirut: Angka terkorban dan cedera semakin terus meningkat


Kemusnahan yang berlaku akibat letupan bom di Beirut semalam

 

BEIRUT - Seramai 100+- orang terbunuh dan 3,700+- lagi cedera dalam dua letupan besar yang menggegarkan Beirut semalam, kata Kementerian Kesihatan Lebanon.

 

Letupan itu menyebabkan beberapa buah bangunan terdekat musnah dan yang berjauhan bergoyang seakan gempa bumi sedang berlaku dan kepulan asap penuh menjulang ke langit.

 


Stesen televisyen LBC pada awalnya memetik Menteri Kesihatan, Hamad Hasan berkata, letupan di tengah Beirut itu telah menyebabkan ramai orang cedera dan berlaku kerosakan yang sangat besar.

Akibat letupan itu, banyak bangunan di ibu kota itu musnah dengan tingkap kediaman berkecai dan siling runtuh.


Media-media Lebanon turut menyiarkan imej mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dengan sebahagiannya berlumuran darah.

 

Setakat ini, punca kejadian masih tidak diketahui.

 

Satu sumber keselamatan mengesahkan dua letupan berlaku dan menggegarkan kawasan pelabuhan di sekitar bandar raya Lebanon itu.

 

Letupan di kawasan pelabuhan ibu kota itu dengan gegaran kuat boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer (km) daripada lokasi kejadian.

 

Sebuah helikopter (kiri) memadamkan kebakaran akibat letupan besar di Beirut semalam.

Ketua keselamatan dalam negeri, negara itu, Abbas Ibrahim berkata, satu letupan besar berlaku di bahagian yang menempatkan bahan letupan berkuasa tinggi.

 

Seorang ko-responden AFP yang berada di tempat kejadian berkata, setiap kedai di Hamra iaitu sebuah pusat komersial mengalami kerosakan besar termasuk sejumlah kereta.

 

Menurutnya, asap hitam turut menyelubungi kawasan pelabuhan itu.


 

Letupan kuat itu juga dapat dirasai di seluruh bandar raya itu dan bekalan elektrik terputus di beberapa buah daerah.

 

"Bangunan-bangunan bergoyang," menurut seorang penduduk menerusi Twitter.

 

Mangsa-mangsa yang cedera pula sedang berjalan di kawasan itu.

 

Sementara itu, mangsa-mangsa yang berlumuran darah termasuk kanak-kanak mendapatkan rawatan di luar Pusat Perubatan Clemenceau.

Ketua Keselamatan Dalaman Lubnan, Abbas Ibrahim, dalam satu kenyataan, enggan menimbulkan sebarang spekulasi berhubung tragedi berkenaan berikutan siasatan terperinci sedang dijalankan.

 

Sebuah gambar berdasarkan apa yang di-publish kan oleh media di sana, tentang orang-orang yang terbang/terlempar dalam ledakan Beirut. Wallahu'alam.


Presiden Lebanon, Michel Aoun mendesak supaya satu mesyuarat pertahanan kebangsaan diadakan dengan segera manakala Perdana Menteri, Hassan Diab mengisytiharkan Rabu sebagai hari berkabung. - Agensi


GAMBAR MENUNJUKKAN KEADAAN DI SANA SETELAH LETUPAN BERLAKU








Terdapat rakaman video yang menunjukkan letupan awal dengan kepulan asab tebal serta api marak menjulang dan menggegarkan bangunan di sekitar ibu kota.



 
 

Rakaman Video dari youtube menunjukkan bagaimana Letupan berlaku

 

Letupan itu berlaku beberapa hari sebelum tribunal antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjatuhkan hukuman terhadap empat lelaki yang dituduh membunuh bekas Perdana Menteri, Rafik Hariri dan 21 individu lain dalam satu kejadian pengeboman pada 2005.

 

Suspek dikenal pasti sebagai anggota kumpulan militan Iran, Hezbollah.

 

Kejadian letupan itu amat mengejutkan penduduk yang masih bergelut menghadapi ancaman pandemik COVID-19 dan dalam masa sama, kerajaan turut menyebabkan negara itu krisis kewangan yang serius. - AGENSI


Sumber: Sinar Harian

Sumber: Berita Harian Online

Sumber: Sayaiday.com


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.



Related Posts:

2 Responses to "Letupan di Beirut: Angka terkorban dan cedera semakin terus meningkat"

  1. Semoga dipermudahkan urusan dan selamat semuanya di Beirut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amiin..semoga umat islam di sana di pelihara Allah

      Padam