Info Selebriti: Umum sedia maklum pelakon jelita tanah air, Fasha Sandha
sedang sarat mengandung anak hasil perkahwinannya bersama Aidil Aziz. Walau
bagaimanapun, dalam keadaan sarat mengandung itu, dia tetap melayan karenah
peminatnya yang ingin bergambar dengannya sewaktu dia berada di luar
rumah.
Menerusi laman Instagram miliknya, dia memuat naik satu video rakaman yang
memaparkan anaknya Rayfal, anaknya itu tidak membenarkannya berlakon lagi.
Hal ini kerana dia bimbang akan kesihatan diri ibunya yang sentiasa sibuk.
Tambah lagi dengan keadaan sekarang yang sarat mengandung.
Ibu berhenti berlakon
Menurutnya, kejadian berlaku beberapa hari lalu, apabila beberapa
peminatnya yang datang ke meja tempat mereka menjamu selera bagi menangkap
gambar bersama. Selepas selesai menangkap gambar, anak lelakinya itu
meluahkan perasaan kepadanya. Dia menyuruh ibunya berhenti berlakon kerana
sentiasa kena berdiri dan melayan karenah peminatnya. Namun begitu, Fasha
menjelaskan bahawa berlakon merupakan kerjayanya yang perlu diteruskan.
Antara komen2 Peminat Fasha Yang Memuji Rayfal
Rata-rata netizen memuji sikap anaknya itu yang bersikap dan berfikiran matang serta sentiasa memikirkan keadaan ibunya. Netizen turut berdoa agar Rayfal menjadi
anak yang baik dan soleh serta berguna di dunia mahupun akhirat.
Sumber: Fasha Sandha via Oh Bulan
Sumber: Info Rentas Asia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
0 Response to "Anak Lelaki Fasha Sandha Tiba Tiba Suruh Fasha Berhenti Berlakon. Ini Sebabnya.."
Catat Ulasan