Saya Tidak Berkata Berbohong, Saya Hanya Mahu Maruah PATI Terjamin Kata : Md Rayhan Kabir



Kuala Lumpur –

 

Dia berkata demikian kepada wartawan media Bangladesh, The Daily Star semalam sebelum ditahan oleh pihak Immigresen.

 

“Saya tidak melakukan jenayah. Saya tidak berbohong. Saya hanya bercakap mengenai diskriminasi terhadap pendatang asing.

 

“Saya mahu maruah migran dan negara saya terjamin. Saya percaya semua pendatang asing dan Bangladesh akan bersama saya,” katanya kepada media tersebut melalui pesanan applikasi WhatsApp.

 


Md Rayhan Kabir ditahan di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam kerana memberikan informasi yang tidak benar ketika diwawancara media antarabangsa Al Jazeera yang mana pada waktu itu negara kita masih dalam keadaan “lockdown” disebabkan covid-19.

 

Pihak media mendapat informasi bahawa, Md Rayhan dikatakan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota bahagian risikan Ibu Pejabat JIM.

Perkara itu telah disahkan oleh Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi, hari ini.



Rayhan mendakwa layanan kerajaan Malaysia terhadap pendatang asing di negara itu adalah zalim, tidak adil dan berat sebelah kerana menangkap mereka yang tidak mempunyai visa perjalanan yang sah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Sementara itu bapanya, en. Shah Alam meminta rakyat Bangladesh untuk menyokong anaknya.

“Ibu Raihan sakit sejak sebulan yang

 

“Saya percaya anak saya tidak melakukan kesalahan. Saya mahu Bangladesh berdiri bersamanya,” katanya kepada media yang sama.

 

En. Shah Alam, yang bekerja di sebuah kilang pakaian berkata, setelah lulus Sijil Menengah Tinggi dari Tolaram College pada tahun 2014, anaknya berangkat ke Malaysia dan berjaya memperolehi Sarjana Muda Sastera di sini.

 

Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di Setapak petang semalam sebelum diserahkan kepada polis.

 

Dia didakwa kerana membuat tuduhan palsu dan menyebarkan informasi yang tidak benar mengenai tingkah laku kerajaan Malaysia terhadap pendatang tanpa izin ketika menangani wabak Covid-19 semasa diwawancara dalam dokumentari “Lock up in Malaysia’s Lockdown”

 


Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata, Rayhan akan diusir dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia buat selama-lamanya. Pihak Polis juga telah memulakan siasatan ke atas Al-Jazeera mengenai dokumentari tersebut.


Kerajaan Malaysia membantu semua pesakit Covid-19 sama rata tiada beza sam ada anda PATI atau rakyat sah di Malaysia. Tiada Berat sebelah layan dari kerajaan Malaysia. Diharapkan saudara Md Rayhan bertaubat kerana menuduh dengan tuduhan yang tidak benar terhadap sebuah Negara yang berdaulat ini

 

Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Diharapkan para Rakyat Marhaen jangan ada yang jadi seperti beliau ibarat “ Kaduk Naik Junjung” serta “ Bagai Kacang Lupakan Kulit”.

 

ANTARA SEDUTAN DARI TV3  YANG DIRAKAMKAN MENGENAI MD RAYYAN




SEMOGA NEGARA YANG BERDAULAT  INI BEBAS DARI WABAK COVID-19.


Sumber: Harian Metro

Sumber: Info Rentas Asia


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.



Related Posts:

0 Response to "Saya Tidak Berkata Berbohong, Saya Hanya Mahu Maruah PATI Terjamin Kata : Md Rayhan Kabir"

Catat Ulasan