Sekolah Rendah telah Dicadangkan Untuk DITUTUP kembali. Sebabnya ialah



MALAYSIA

 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, murid sekolah rendah khususnya dari darjah satu hingga tiga, majoriti mereka tidak faham tentang apa itu penjarakan sosial dan apa itu (SOP) yang telah ditetapkan dan digariskan oleh Pihak KKM.

 

“Mereka (murid SK) ini tidak akan buat dan tidak faham penjarakan sosial, dan tak kan para guru pula yang akan dipertanggungjawakan untuk memantau keseluruhan mereka kerana nisbah murid dengan guru adalah jauh berbeza. Dan ini juga akan membebankan para guru.



“Saya sendiri sempat meninjau di SK Jalan Bahagia, Temerloh dan saya dapati murid-murid khususnya darjah satu hingga darjah tiga, mereka tidak faham situasi sekarang dan apa yang sedang berlaku di seluruh negara khususnya negara kita serta mereka juga tidak bersedia untuk mula bersekolah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.


Sesi persekolahan murid tahun lima dan enam dibuka semula bermula 15 Julai lalu manakala bagi murid darjah satu hingga empat, sesi persekolahan mereka bermula 22 Julai.



Mengulas lanjut, Mohd. Sharkar berkata, kerajaan tidak seharusnya bertindak tergesa-gesa dan jangan disebabkan tindakan ini nanti akan wujudnya kluster baharu yang membabitkan Para murid SK. Tak kan bila dah jadi seperti itu baru hendak diambil tindakan.

 

Selain SK ditutup semula, beliau juga mencadangkan supaya pelajar dari tingkatan satu hingga tiga turut diarahkan bercuti.

 

“Hanya pelajar dari tingkatan empat hingga lima yang terlibat dalam sesi persekolahan sehingga kita benar-benar yakin penularan wabak ini dapat dikawal sepenuhnya dan vaksinnya ditemui,” katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Sumber: Info Rentas Asia

Sumber: Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.


Related Posts:

0 Response to " Sekolah Rendah telah Dicadangkan Untuk DITUTUP kembali. Sebabnya ialah "

Catat Ulasan