MALAYSIA: Sebelum ini Kementerian
Kewangan Malaysia mengumumkan bahawa pembayaran Bantuan Sara Hidup fasa 3 akan
mula dibayar pada bulan Julai 2020 ini. Jadi berikut adalah tarikh rasmi
pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa ke-3.
Tarikh
Pembayaran duit bantuan sara hidup fasa
ketiga akan bermula pada Jumaat ini atau 24 Julai 2020. Ini berdasarkan kepada
laporan akhbar Harian Metro.
Kementerian Kewangan dalam pengumuman
mereka memaklumkan bahawa pembayaran Bantuan sara hidup akan dibuat berdasarkan
kepada beberapa kategori seperti berikut.
Kategori yang merangkumi bilangan anak
tanggungan penerima dan nilai baki penerima Bantuan sara hidup 2020.
Pembayaran ini membabitkan peruntukan
kerajaan sebanyak RM3 billion yang mana akan diterima oleh hampir 4.28 juta
orang yang merangkumi sebanyak 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta individu yang
dikategorikan bujang berusia 40 tahun ke 59 tahun.
Bagi makluman anda semua, penerima
manfaat kategori isi rumah akan menerima sebanyak RM120 bagi setiap seorang
anak berusia bawah 18 tahun dengan maksimum jumlah anak 4 orang anak.
Berikut kami berikan contoh agar mudah difahami oleh anda semua: “Sekiranya encik Ali mempunyai pendapatan di bawah RM2000 dan ada 4 orang anak, maka beliau akan layak menerima RM1580 merangkumi pembayaran sebanyak RM300 pada fasa pertama (Januari) RM200 pada fasa kedua (Mac) dan RM1080 pada fasa ketiga (Julai).
Bantuan BSH ini adalah lebih tersasar (memakan bajet yang lebih besar) kerana ia turut mengambil kira bilangan anak yang layak dalam setiap keluarga. –
Kata Menteri Kewangan Malaysia.
Oleh disebabkan itu, pembayaran akan
dibuat terus ke dalam akaun bank penerima yang telah didaftarkan dengan Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum itu.
Manakala bagi penerima yang layak tetapi tidak
mempunyai akaun bank, pihak Kementerian Kewangan dan LHDN akan membuat
pembayaran secara tunai di cawangan bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31
Disember ini.
Kepada mereka yang layak tetapi tidak
menerima pembayaran Bantuan Sara Hidup pada fasa 1 dan 2 mereka ini akan dapat
duit sekaligus dalam pembayaran fasa ketiga mengikut nilai kelayakan mereka.
Manakala permohonan Rayuan Bantuan Sara
Hidup 2020 akan mula dibuka pada 7 ogos sehingga 6 September depan. Jadi kepada
mereka yang gagal pada permohonan sebelum ini masih diberi ruang dan peluang
untuk mengemukakan permohonan rayuan beserta dokumen yang berkaitan bagi
disemak semula oleh Lembaga Hasil dalam Negeri.
Mereka boleh membuat permohonan secara
dalam talian di portal Bantuan Sara Hidup ; https://bsh.hasil.gov.my atau
permohonan langsung ke cawangan LHDN, pusat khidmat hasil atau UTC.
Siap sedia untuk membuat permohonan bagi yang tidak membuat permohonan Atau yang tidak menerima bantuan sebelum ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
0 Response to " Bantuan Sara Hidup ( BSH) Fasa 3 boleh Dimohon"
Catat Ulasan