icon
Leave a message

Adakah Berkemungkinan PKP 2 akan diisytiharkan kembali??? Sudah bersediakah kita???




MALAYSIA: Beberapa hari kebelakangan ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan peningkatan semula kes cov-19 di Malaysia. Ini membuatkan sebahagian warga maya sudah mula memperkatakan perkara ini kembali.

 

Ini lebih mengejutkan apabila KKM mengumumkan ada 4 kluster baru dilaporkan sehingga ke hari ini. Perkara ini adalah disebabkan oleh rakyat yang lupa dengan tanggungjawab mereka dan semakin memandang rendah sertaleka dengan masalah Pandemik yang masih tidak sepenuhnya lenyap ini.

 

Ada diantara mereka merasa sudah berpuas hati dengan kejayaan dan membuatkan mereka ini terus alpa dengan apa yang telah terjadi kepada negara sebelum ini. Dalam satu tulisan ringkas ketua pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham mengatakan bahawa kejayaan menerbitkan rasa puas hati dan rasa puas hati itu adalah sebenarnya yang membuahkan kegagalan.

 

Dr Noor Hisham antara individu yang tidak pernah  berhenti mengingatkan rakyat tentang kewajipan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Beliau turut memaklumkan 3 daripada indeks kluster baru adalah melibatkan individu yang baru pulang dari luar negara. Walaupun mereka ini tidak mempunyai gejala atau disahkan negatif dalam saringan pertama, namun sebaik tiba di pintu masuk negara, masing-masing telah disahkan positif covid-19.

Menurut Dr Noor Hisham dalam posting di facebooknya mengatakan inilah antara kesannya jika SOP tidak dipatuhi dengan baik oleh rakyat.

 

Isytihar Kembali PKP, Bersediakah Rakyat Malaysia ?



Timbul pula satu persoalan dikalangan rakyat Malaysia adakah mereka bersedia sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan diwujudkan semula? Kami yakin sebahagian besar mereka akan menjawab tidak.

 

Pelbagai faktor harus dilihat kembali di peringkat kerajaan mahupun rakyat biasa. Sekiranya PKP diteruskan kami yakin lebih ramai pekerja akan kehilangan kerja mereka. Jika perkara ini berlaku maka hasilnya akan menunjukkan bahawa majikan sukar untuk mengambil pekerja baru.

 

Seterusnya, bantuan kerajaan sudah pasti sukar untuk diberikan kerana kerajaan telah berbelanja besar sebelum ini dalam membantu rakyat Malaysia dari segi kewangan mereka.

 

Seterusnya sekiranya PKP dilaksanakan sudah pasti sektor Ekonomi Negara akan kembali merundum dan ini sangat bahaya sekiranya ianya berterusan kerana dikhuatiri kita juga akan mengalami nasib kewangan yang sama seperti di Iran walaupun kita mempunyai sumber makanan sendiri tetapi tidak membawa apa-apa erti sekiranya hutang negara terus meningkat dan ianya ini sangat bahaya.

 

Jadi tanyalah diri kita sama ada kita mematuhi SOP yang ditetapkan sepenuhnya oleh kerajaan atau tidak?. Sekiranya tidak mulakan dari saat ini untuk sentiasa patuhi SOP.

Penulis mendoakan supaya Negara kita Kembali pulih dan rakyat Malaysia sentiasa dalam keadaan selamat dan sihat.

Penulis Tidak pasti sama ada akan berlaku atau tidak. Marilah doakan supaya tidak berlaku lagi kerana ianya pasti akan menyukarkan rakyat dan Kerajaan. Justeru itu, Penulis menyeru agar  sama-sama kita terus mematuhi (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan agar kita terus terhindar dari Pandemik ini.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.


Related Posts:

0 Response to "Adakah Berkemungkinan PKP 2 akan diisytiharkan kembali??? Sudah bersediakah kita???"

Catat Ulasan