Sukan yang melibatkan sentuhan Telah dibenarkan bermula Pada 15 Julai 2020

 

MALAYSIA: Sebentar tadi telah berlangsungnya kenyataan media, Menteri Belia dan Sukan Malaysia bagi pembukaan sektor sukan dan rekreasi fasa 3 dan 4.

Menerusi laporan yang dimaklumkan bahawa mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 9 Julai 2020 yang lalu. Mereka telah membincangkan dan bersetuju dengan beberapa cadangan Kementerian Belia dan Sukan bagi pembukaan sektor sukan dan rekreasi.

Perkara ini telah diumumkan oleh Yang Berhormat Dato Sri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kanan kluster Pertahanan. Berikut dibawah adalah butiran laporan mesyuarat yang telah dipersetujui.

Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan atau (contact sports activity) seperti sukan berpasukan iaitu, ragbi, sepak takraw, bola keranjang, bolasepak, futsal, karate dan sebagainya lagi boleh dimainkan bermula Rabu, 15 Julai 2020 ini.

Jadi disebabkan perkara itu, pengusaha-pengusaha padang komersil, operator gelanggang futsal, fasiliti sukan dan akademi juga telah dibenarkan semula untuk beroperasi setelah sekian lama mereka berehat disebabkan oleh PKP.

Penganjuran kejohanan dan pertandingan pula mengikut kepada sumber yang diperolehi akan dibenarkan pada 15 ogos 2020 nanti. Namun penganjuran adalah tanpa kehadiran penyokong atau penonton. Oleh itu, kami merasakan Liga Malaysia disambung tanpa kehadiran penyokong.

Manakala sukan tidak melibatkan sentuhan seperti congkak, pemotoran juga dibenarkan untuk meneruskan pertandingan pada 15 Julai 2020 namun ia juga tetap tanpa kehadiran penyokong atau penonton.

Kerajaan menasihatkan agar pelaksanaan aktiviti dan penganjuran adalah mengikut kepada prosedur dan juga diadakan dalam keadaan yang terakal.

Diharap apabila kerajaan telah memberikan kebenaran, mohon kepada seluruh rakyat Malaysia tetap berwaspada dan tidak ambil mudah dan sambil lewa dengan Pandemik yang berlaku sekarang ini kerana kita tidak sepenuhnya mengetahui bahawa masih ada atau tidak virus tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.


Related Posts:

0 Response to "Sukan yang melibatkan sentuhan Telah dibenarkan bermula Pada 15 Julai 2020"

Catat Ulasan