MALAYSIA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador
memaklumkan bahawasanya dokumentari yang dimuat naik oleh media al-Jazeera yang
bertajuk Locked up in Malaysia’s Lockdown didapati mempunyai unsur hasutan dan
laporan yang tidak tepat.
Tan Sri Abdul
Hamid mengatakan bahawa dokumentari tersebut telah menyentuh sensitiviti rakyat
Malaysia dan ia lebih cenderung ke arah menggambarkan bahawa layanan yang tidak
baik diberikan oleh kerajaan Malaysia terhadap pendatang tanpa izin di
Malaysia.
Tambah beliau
lagi, kini pihak Polis sedang menjalankan perbincangan dengan pihak Jabatan
Peguam Negara bagi meneliti kandungan dokumentari tersebut
Sekiranya benar
mempunyai unsur-unsur hasutan dan ia akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948,
Kanun Kesksaan dan juga Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998.
Disebabkan perkara
ini, semua yang terlibat dengan melakukan dokumentari itu telah dipanggil ke
pejabat Polis Bukit Aman bagi diambil keterangan untuk siasatan. Menurutnya
sebelum ini PDRM telah memanggil seramai 6 orang kakitangan agensi tersebut.
Untuk pengetahuan
semua, kesemua mereka ini datang adalah sebagai saksi dan bukannya datang
sebagai orang dituduh atau tersangka (suspek). Mereka akan jawab soalan yang
akan diajukan oleh PDRM.
Selepas ini, PDRM
akan membawa kertas siasatan kes ini ke Jabatan Peguam Negara bagi arahan
seterusnya dan sekiranya terdapat bukti-bukti kukuh, pihak Peguam Negara akan
memberi keputusan sama ada ia akan didakwa atau tidak.
Pihak Polis juga
telah memberi makluman bahawa PDRM akan menjaga keselamatan mereka dan mereka
sebelum ini dilaporkan telah membuat laporan polis sebagai langkah awal untuk
menjamin keselamatan mereka.
So gais, jangan memandai-mandai buat dokumentari yang bukan
didasari oleh pemerhatian rakyat tempatan.
Ade ke patut cari PATI sebagai memberi info dan keterangan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
0 Response to "TERKINI Pihak Al-Jazeera dipanggil oleh KPN kerana Dokumentari yang dihasilkan mempunyai unsur Hasutan"
Catat Ulasan