MANFAAT
POKOK LIDAH BUAYA DARI ASPEK KESIHATAN
Aloe
Vera atau lebih dikenali dengan nama Pokok Lidah Buaya bagi Masyarakat setempat
yang mana sejenis tumbuhan yang terdapat banyak kegunaan dan manfaatnya. tidak
dapat dinafikan bahawa ramai yang tahu bahwa tumbuhan ini banyak khasiat tetapi
adakah anda tahu kegunaan tumbuhan ini sangat bermanfaat untuk kegunaan
manusia samada dalam bidang perubatan atau kosmetik.
1.
Pokok Lidah Buaya Mengandung Antioksida Dan Antibakteria
Antioksida
memainkan peranan yang penting kepada kesihatan. Gel yang terdapat pada pokok
lidah buaya mengandungi kadar antioksida yang kuat, yang tergolong dalam
keluarga polyphenol yang mana boleh menghalang
pertumbuhan beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kepada
badan.
2.
Pokok Lidah Buaya Mengandungi Bahan Bioaktif Yang Boleh Meningkatkan Tahap
Kesihatan
Pokok
Lidah Buaya adalah satu tumbuhan yang mempunyai daun yang tebal,
mengandungi banyak air di dalamnya dan biasaya digunakan bagi tujuan kecantikan
dan digunakan di dalam produk kecantikan oleh kerana gel yang terdapat di
dalam.
3.
Pokok Lidah Buaya Boleh Merawat Ulser Mulut (Pecah Bibir)
Ulser
mulut merupakan perkara biasa yang mesti dihadapi oleh semua manusia tetapi
tahukah anda bahawa pokok lidah buaya ini dapat merwat ulser mulut dengan
baik.
banyak
kajian yang mengatakan bahawa pokok lidah buaya ini boleh dijadikan
sabagai satu kaedah rawatan yang berkesan kepada bagi yang menghadapi ulser
mulut.
Walaupun tidak setanding dengan ubat di farmasi tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai satu alternatif atau kaedah rawatan yang berkesan dan boleh mengurangkan rasa sakit.
4.
Pokok Lidah Buaya Boleh Mempercepatkan Penyembuhan Kesan Terbakar Dan Luka
Kebiasaannya
pokok lidah buaya ini digunakan dalam rawatan sapu berbanding rawatan makan.
lendir yang terdapat di dalam pokok lidah buaya tersebut dapat menyembuhkan
luka pada kulit dengan baik jika melecur atau melecuh dan jauh lebih baik.
jangan sesekali menggunakan ubat gigi jika berlaku apa-apa pada kulit yang
mungkin akan melambatkan proses baik pulih.
5.
Manfaat Pokok Lidah Buaya Untuk Wajah dan Kulit
Pokok
lidah buaya juga boleh dijadikan sebagai satu produk bagi menganjalkan kulit
muka atau melambatkan proses penuaan.
Dalam
satu kajian ke atas 30 wanita yang berumur atas 45 tahun, sapuan gel pokok
lidah buaya yang kerap (90 hari) boleh meningkatkan penghasilan kolagen dan
mengembalikan keanjalan kulit.
6.
Pokok Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah (Terutama Bagi
Pesakit Kencing Manis)
dari
segi kesihatan dalaman pula. pokok lidah buaya turut digunakan sebagai
satu rawatan tradisional untuk pesakit kencing manis (Diabetes). Ia
dikatakan boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu pengawalan gula
dalam darah. Beberapa kajian ke atas manusia dan haiwan yang mempunyai kencing
manis tahap 2, mendapati bahawa pengambilan ekstrak pokok lidah buaya
boleh memberikan kesan yang positif.
Banyak
lagi info-info dan kebaikan Aloe Vera yang telah dibuktikan secara saintifik..
Selamat
beramal!!!
CC:
MediaBulat.com
0 Response to "Bahan Asas yang Diguna pakai untuk menjaga Tubuh Badan Kita"
Catat Ulasan