MAT SABU Samakan Nabi Muhammad Dengan Pelarian Warga Asing?


 


KUALA LUMPUR: Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) meminta setiap pihak supaya tidak 'memborongkan' atau menyamakan semua kategori pelarian dengan menolak serta menghina mereka khususnya golongan yang datang ke Malaysia akibat tekanan politik termasuk etnik Rohingya.

 

Beliau berkata, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membela pelarian akibat tekanan politik ini dengan sekurang-kurangnya memberi penempatan sementara seperti mana yang dilaksanakan negara luar di mana mereka sanggup memberikan makanan, pakaian dan tempat tinggal buat golongan itu.

 

Katanya, tidak semua pelarian harus dihina apatah lagi sejarah menunjukkan bahawa Islam sendiri ditegakkan oleh golongan pelarian termasuk Nabi Muhammad S.A.W sendiri ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah akibat penindasan.

 

"Pelarian ini kita kena ada kategori, jangan kita menghina semua pelarian, Jangan lupa Islam ditegakkan oleh para pelarian khasnya Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi Musa ketika memimpin pelarian dari Mesir untuk diselamatkan daripada Firaun.

 

"Sebab itu, antara pelarian ini kita kena jaga jangan borongkan mereka sebagai sama, pelarian ekonomi, tekanan politik atau cari makan itu lain. Ada yang kata kena tenggelamkan mereka dilaut, ...bayangkan itu kalau itu yang berlaku kepada keluarga Nabi.

 


 

Mohamad sabu berkata Perjuangan nabi muhammad s.a.w menyebarkan agama islam disamakan dengan situasi pelarian yang nak masuk ke negara malaysia. Nabi melarikan diri dengan membawa nilai islam dan mengajak manusia mengenal islam sebagai agama yang tulen.

 

Apakah mat sabu tidak mengamati terlebih dahulu, bahawa isu sebenar yang berlaku di Malaysia yang membuatkan rakyat malaysia begitu marah terhadap etnik rohingya. Kenapa rakyat malaysia begitu marah dengan bangla yang buat statement kepada al-jazeera berkaitan cara malaysia menangani covid19.

 

Dengan hanya memerhatikan cara pemikiran mat sabu, tidak pelikla PH jatuh daripada mentadbir malaysia. Adalah lebih baik mat sabu juga meletak jawatan daripada amanah yang menggunakan nama islam tetapi meletakkan perjuangan nabi menegakkan islam seperti pelarian?.

 

Apakah mat sabu ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah tempat Pelancongan Warga Asing?

 


Islam juga ditegakkan oleh pelarian - MatSabu

Mohamad Sabu mengingatkan bahawa tokoh-tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian. Ini katanya, termasuk Nabi Muhammad, yang harus melarikan diri dari Makkah ke Madinah setelah hidup baginda terancam.

 

Mohamad juga menyebut Jaafar Abi Talib, yang memimpin sekumpulan umat Islam yang dianiaya keluar dari Makkah ke Ethiopia, untuk berlindung di kerajaan Kristian Aksum.

 

"Ada perkataan-perkataan buruk dikatakan (terhadap pelarian), yang mengancam nyawa mereka.

 

"(Ketika mereka) datang ke sini, ada yang kata biar kita tenggelamkan mereka (di laut).

 

"Bayangkan itu berlaku kepada keluarga nabi," kata ahli parlimen Kota Raja itu di Dewan Rakyat hari ini ketika membahaskan titah diraja.

 

"Jangan kita kita lupa sejarah. Kita jangan lupa Islam itu ditegakkan para pelarian, khasnya Nabi Muhammad, yang jadi pelarian dan berhijrah dari Makkah ke Madinah," katanya.




Mohamad juga mengatakan bahawa berita yang mendakwa bahawa sekumpulan pencari suaka Rohingya lemas berhampiran perairan Langkawi akan memalukan Malaysia sekiranya ia benar terjadi.

 

Sebanyak 26 pelarian Rohingya dikhuatiri lemas ketika berenang ke pantai di Langkawi.

 

Namun, hari ini diketahui bahawa mereka telah selamat setelah berhasil sampai ke sebuah pulau kecil yang berdekatan.

 

Mohamad berkata, kerajaan seharusnya memburu sindiket dan ahli perniagaan yang mendapat keuntungan dari memperdagangkan pendatang dan pelarian.

 

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengatakan bahawa Malaysia tidak dapat mengambil lebih banyak pelarian ketika negara sedang berdepan dengan wabak Covid-19.

 

Pandemik tersebut telah mencetuskan gelombang sentimen anti warga asing, termasuk terhadap pelarian kerana ketakutan mengenai virus itu merebak di kalangan rakyat di Malaysia.

 

The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 700 pelarian Rohingya telah kehilangan tempat tinggal mereka di Kuala Lumpur sejak awal bulan ini.

 

Free Malaysia Today pula melaporkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memerintahkan tuan tanah untuk tidak menyewakan premis mereka kepada pendatang tanpa dokumen sejak hujung Mei.

 

Malaysia tidak menandatangani konvensyen pelarian PBB, yang menjadikan status pelarian tidak jelas di negara ini.


USTAZ KAZIM ELIAS JUGA MEMBERI KATA BALAS ATAS UCAPAN MAT SABU ITU


“Minta orang politik ni berhati2 sikit bila bercakap..Jgn main sedap mulut je buat analogi.Apa ke hal disamakan Nabi saw mcm pelarian? Fahami makna pelarian, refugee dan hijrah baik2.Main sedap mulut je nak cakap?”

Nabi manakah yg lari daripada perjuangan dan tugasan daripada perintah Allah? Tidak ada nabi yg lari meninggalkan perintah Allah swt walaupun beratus tahun berdakwah sehingga dibunuh. Dengan mengistilahkan Nabi saw sebagai Pelarian adalah sangat kurang sopan. Sedangkan perintah berhijrah adalah datangnya daripada Allah swt. Berapa ramai para Nabi yg dibunuh dalam menyampaikan risalah Allah swt.? Mereka diseksa dibunuh malah Nabi Mohd saw yg paling keras ditentang oleh org Quraisy di Mekah.Nabi  saw tidak lari tetapi diperintahkan utk berhijrah oleh Allah swt.


ANTARA KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH ORANG-ORANG KENAMAAN PH




Video Mat Sabu yang Mengatakan Rasullulah sebagai Pelarian




Jangan sesekali mengeluarkan pendapat dan hukum yang sanagat bertentangan, Kalau bukan dalam bidangnya jangan sesekali mengeluarkan hukum, pendapat, atau kenyataan yang hanya berpandukan akal sahaja. Kelak badan binasa.

 

Menuntut Ilmu bukan sahaja diwajibkan keatas para belia dan pemuda, malahan yang sudah berperingkat atas juga. Jika bercakap tanpa menggunakan ilmu beginilah jadinya.


 Maka berhati-hatilah dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutama yang berkaitan dengan agama.


Sumber: Berita Harian

Sumber: Malaysia Kini

Sumber: Info Rentas Asia


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.






Related Posts:

0 Response to "MAT SABU Samakan Nabi Muhammad Dengan Pelarian Warga Asing?"

Catat Ulasan