Tips untuk menjaga dan mengekalkan
kecantikan Kulit Wajah
Kalau
anda inginkan kulit yang cantik, bersih , tidak kelihatan kusam dan cantik
tanpa jerawat, mudah je sebenarnya. Ini admin bekalkan 7 tips yang pasti dapat
membantu anda mendapatkan kulit yang sihat dengan hanya dijadikan sebagai.
1. Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air adalah agen detox
kulit terbaik!
2. Kurangkan makanan manis seperti dessert, minuman ber-gas, minuman instant
3in1 dan fast food. Kandungan gula dan lemak yang tinggi dalam darah adalah
antara punca pencetus hormone sebagai penyebab utama jerawat. Jangan hairan
kenapa dah tua pun masih naik jerawat.
3. Kerap tukar sarung bantal. Cuba fikir berapa kerap kita tukar sarung bantal
kita. Sebulan sekali? Seminggu sekali? Kulit wajah kita melekap pada sarung
bantal pada waktu yang lama semasa tidur dan ia adalah antara tempat yang paling
banyak bakteria membiak.
4. Amalkan meminum air perahan lemon dan green tea kerana ia adalah minuman
detox tinggi antioksida. Amalan ini adalah untuk memperbaiki dan membantu system
penghadam kita supaya berfungsi dengan lebih baik. Perbuatan ini terbaik untuk
cuci bahagian dalaman kita.
5. Rajin dan disiplin diri buat rutin asas skincare 1-2-3 : 1-cuci, 2-toner,
3-pelembap/sunblock
6. Pakai homemade mask ringkas untuk detox. Yogurt + madu + green tea. Buat
seminggu sekali untuk tarik kotoran dari dalam kulit keluar ke permukaan. Ini
antara kaedah untuk purify dan penyegaran kulit wajah.
7. Wap/stim muka sendiri. Ambil satu bekas besar untuk letak air panas di dalamnya. Titik minyak essential 2-3 titis. Lepas tu, lipat dan tutupkan kain tersebut di kepala dan muka serta dihadapkan pada bekas itu. Jarakkan muka dan jangan terlalu dekat sangat. Agak-agak untuk ruang bernafas itu ada dan tidak rasa terlampau panas. Kemudian, wapkan muka selama 15 minit. Kaedah ini sangat bagus untuk membuka liang pori dan mengeluarkan kotoran dengan lebih efektif.
TIPS BONUS :
8. Ramai yang nak dapatkan kulit cantik dengan mengamalkan pelbagai kaedah sama ada kaedah tradisional atau moden serta petua dengan cara selamat dan berkesan. Tidak dinafikan cara penjagaan kulit dengan menggunakan produk yang betul adalah merupakan antara langkah terpenting. Maka cari dan teliti lah bahan-bahan yang diguna pakai untuk kulit anda. Sayangilah kulit anda.
Selamat Beramal!!!
0 Response to "Tips Asas yang Terbaik untuk Anda Menjaga Kulit Wajah"
Catat Ulasan