PENGERTIAN TENTANG WARIS
1. Erti
Waris
Waris atau pusaka, iaitu harta benda dan
hak yang ditinggalkan oleh orang yang mati untuk dibahagikan kepada yang berhak
menerimanya. Pembahagian itu lazim disebut FARAID,
menurut syara’ ialah pembahagian pusaka bagi yang berhak menerimanya.
Kalau seseorang mati meninggalkan harta,
maka diambil dari harta itu untuk keperluan mengubur, kemudian dipenuhi
wasiatnya Kalau ia berwasiat yang lebih dari itu sepertiga dari hartanya.
SEBAB-SEBAB YANG
MENGHALANG DARI MENDAPAT WARISAN
Ahli waris
lelaki mahupun perempuan yang disebut di
atas, terhalang mendapat pusaka jika terdapat salah satu sebab:
1. Perbezaan
Agama
*Orang islam
tidak dapat pusaka dari orang yang tidak
beragama islam, demikian juga sebaliknya.
Sabda Nabi
S.A.W.:
Yang bermaksud: “ Dari Usamah bin zaid r.a,
bahawasanya Nabi saw. Bersabda: “Tidaklah orang islam mewarisi harta orang
kafir dan tidaklah orang kafir mewarisi harta orang islam”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Pembunuh
*Orang yang
membunuh ahli warisnya , tidak berhak menerima pusaka dari yang dibunuhnya.
Sabda
Rasulullah S.A.W.:
Yang bermaksud: Dari ‘Umar bin Syu’aib
dari ayahnya dari datuknya berkata: Rasulullah saw. Bersabda: “ Bagi seorang
pembunuh tidak ada warisan sesuatu apapun”.
(Hadis Riwayat Nasa’i, Daruquthani dan
dikuatkan oleh Ibnu ‘Abdil Barri)
3. Hamba
*Orang yang
menjadi hamba tidak mendapat pusaka dari orang yang merdeka.
Firman Allah
swt. Dalam Al-Qur’an:
(Surah
An-Nahl: 75)
Yang bermaksud: “Allah telah adakan
perumpamaan (iaitu) seorang hamba yang dimiliki, yang tidak berkuasa atas
sesuatu………. “[1]
BERLAINAN AGAMA SERTA
KESANNYA DALAM PEWARISAN HARTA PUSAKA
- KESALAHAN MURTAD
Islam adalah
al-Din, iaitu cara hidup yang
lengkap. Pengertian al-Din, ini bukan
sekadar agama, malah lebih daripada itu, ia mempunyai peraturan lengkap yang
mengatur cara hidup manusia dalam segenap aspek kehidupan mereka.
Sebagai
seorang hamba, ia tidak berhak memilih cara dan gaya hidup di luar keizinan
tuannya. Demikian juga manusia, kita ini adalah hamba Allah s.w.t. kita tidak
berhak memilih cara hidup selain daripada cara hidup yang diizinkan-Nya.
Murtad
menurut pandangan islam adalah satu jenayah. Ia bukan isu hak kebebasan memilih
kerana islam telah memberikan hak ini sejak awal lagi islam ini ada, iaitu
tidak memaksa seseorang menganut dan mempercayai Islam. Sebaliknya mereka
hendaklah memeluk islam atas kesedaran dan pilihan sendiri.
DEFINISI MURTAD
Perkataan
murtad berasal daripada perkataan bahasa arab, iaitu kata terbitan irtada yang bermaksud kembali; iaitu
kembali kepada agama kufur setelah memeluk islam. Secara telitinya, murtad
berlaku kepada mereka yang asalnya bukan beragama islam, kemudian memeluk islam
tetapi kembali semula kepada agama asalnya.
Dalam
istilah syara’ pula murtad bermaksud keluar daripada agama islam, iaitu seorang
muslim yang menjadi kafir serta memutuskan hubungannya dengan islam. Seseorang dikira
telah murtad atau keluar dari agama islam apabila telah melakukan perkara yang
bertentangan dengan akidah, tidak kira samada ia menganut agama lain sesudah
ataupun tidak.
PERKARA YANG MEMBOLEH MEMBAWA KEPADA
MURTAD
Murtad boleh
berlaku dengan salah satu dari tiga cara:
1. Dengan perkataan, seperti mencerca Nabi
s.a.w. atau menghina baginda. Mencerca Allah s.w.t. atau hukum-hakamnya dan
mencerca sunnah Rasulullah s.a.w. atau syiar islam. Kata-kata penghinaan dan
cercaan ini boleh menyebabkan seseorang
itu murtad sekalipun ianya tidak berniat sedemikian.
2. Dengan perbuatan, seperti bersujud
kepada berhala, mencampakkan Al-Qur’an ke tempat najis, menulis ayat atau
kalimah Al-Qur’an dengan darah, melakukann upacara keagamaan agama lain dan
menghina dengan perbuatan syiar islam seperti menyimpan janggut, bepurdah dan
sebagainya. Mereka menjadi murtad hanya dengan melakukan perbuatan sekalipun
tanpa i’tiqad di hati.
3.Dengan i’tiqad, iaitu meyakini dalam
hati tentang sesuatu yang berlawanan dengan apa yang telah Allah SWT nyatakan,seperti
beri’tiqad judi itu halal, riba harus, poligami haram, mengingkari rukun islam
dan iman dan sebagainya.[2]
BERLAINAN AGAMA
Wanita Muslimah
berkahwin dengan yang bukan Muslim
Wanita Muslimah haram berkahwin dengan
bukan Muslim, sama ada dia seorang ahlil-kitab, mahupun bukan ahlil-kitab, dan
pengharaman itu berterusan sampai ke bila-bila masa sekalipun.
Dalam masalah ini pula, tidak ada nas,
yang warid yang mengecualikan para ahlil-kitab daripada hukum ini, kerana yang
demikian itu pengharamannya disepakati oleh semua ulama-ulamankaum muslimin.
Alasan yang diberikan islam tentang
seorang Muslim boleh bernikah dengan wanita Yahudi atau Nasrani dari
ahlil-kitab, dan tidak bleh dibenarkan Wanita Muslimah berkahwin dengan salah
seorang dari keduanya tadi, ialah kerana seorang lelaki itu dialah ketua
rumahtangga dan berkuasa ke atas wanita yang dikahwininya dan betanggungjawab
ke atasnya. Sedang islam telah memberikan isteri ahlil-kitab yang bernaung di
bawah suaminya yang Muslim itu segala macam kebebasan dalam kepercayaanya dan
menjaganya dari hal semua petunjuk agamanya dan hak-hak yang wajib
dijalankannya menurut agamanya.
PERNIKAHAN DAN WARISAN
ORANG SELAIN ISLAM
Adakah orang kafir atau orang yang
menganut fahaman atau pegangan atau
agama yang lain selain agama Islam berhak mendapat warisan?.
Perkahwinannya batal jika suaminya itu
tetap pada pendiriannya iaitu ingin atau memeluk agama lain dan tidak mahu
bertaubat.
Sebagaiman kita ketahui, bahawa agama lain
itu bertentangan dengan akidah Islamiah. Mereka tidak percaya adanya Tuhan, malaikat,
kitab-kitab Allah, Rasul-rasulnya dan hari akhirat, demikian ini ditetapkan
oleh fahaman-fahaman dan pegangan-pegangan dari agama tersebut dan dari
sumber-sumbernya yang asli. Dan tidak pernah diingkari oleh para ilmuan-ilmuan
dan tokoh-tokoh mereka, kecuali dalam keadaan yang sekiranya hendak memujuk
atau meminta simpati dari orang awam.
Oleh sebab itu, orang yang menganut
fahaman atau agama lain yang tetap pendiriannya, tidak berhak mewarisi sesuatu
dari harta yang ditinggalkan oleh kedua orang tuanya, istrinya atau kaum
kerabatnya yang beragam Islam, kerana syarat utama dalam hak pewarisan harta
ialah kedua-duanya iaitu yang meninggalkan harta warisan dan pewarisnya
hendaklah beragam islam.
Dengan demikian, jelaslah bahawa orang
yang telah murtad dan kafir, tidak berhak menerima warisan dari kerabatnya yang
muslim. Sebaliknya, sebahagian ulama membolehkan bagi orang Islam mewarisi
harta kerabatnya yang kafir, terutama dari kerabatnya yang murtad.
[1]
Ismail Hj Ali.1997.Mutiara Fiqih.Johor Bharu.Perniagaan Jahabersa. m/s 539 dan
543
[2] Ismail
Hj Ali.1997.Mutiara Fiqih.Johor Bharu.Perniagaan Jahabersa.m/s 200 dan 202
[3]
Ismail Hj Ali.1995.Mutiara Fiqih.Singapura.pustaka Islamiyah Pte Ltd.m/s 302
dan 303.
[4]
Dr. Yusuf Al-Qardhawi.2005.Fatawa Qardhawi.Batu Cave Selangor.Crescent News
(KL) SDN BHD
0 Response to "WARIS ATAU ORANG YANG MEWARISI HARTA ADALAH SEBAHAGIAN DARI RUKUN FARAID"
Catat Ulasan