SULUR BIDAR MAKHLUK
MISTERI YANG MENGHANTUI KAKI PANCING
Gambar Skadar Hiasan :- |
Sulur Bidar merupakan
makhluk misteri yang popular diceritakan oleh kaki pancing dan orang-orang
lama. Sulur Bidar ni dikatakan ditemui di sekitar tasik dan sungai besar
seluruh Malaysia antaranya Tasik Kenyir, Tasik Banding Royal Belum, Tasik Chini
dan Sungai Pahang. Tasik Kenyir contohnya, Sulur Bidar sering dikatakan akan
muncul semasa musim hujan. Nama lain Salur Bidar turut dikenali sebagai Hantu
Balung Bidai.
Menurut
cerita orang-orang di sekitar tasik Sulur Bidar mempunyai bentuk fizikal yang
aneh iaitu berbentuk sehelai permaidani atau tikar putih. Selain itu terdapat
empat kepala di setiap penjuru. Sulur Bidar dikatakan akan menggulung mangsa
lalu menariknya ke dalam air selama beberapa hari.
kedatangannya
dapat dikesan melalui buih-buih atau pusaran yang muncul secara tiba-tiba
bersama dengan daun-daun yang berada di dasar tasik timbul di permukaan air.
Daun-daun yang timbul tadi apabila diambil ianya kering walaupun muncul dari
dasar tasik seolah-olah ada “sesuatu” yang telah memerah atau mengeringkan daun
tersebut. Menurut orang-orang tua daun yang timbul tadi boleh dibakar walaupun
ia dari dasar tasik. Sekiranya tanda-tanda tersebut telah muncul anda
disarankan melaungkan azan dengan kuat untuk menghindarkan diri dari makhluk
tersebut.
Terdapat
cerita mengenai seorang pemancing yang terserempak Sulur Bidar lalu cuba
membaling mata kail ke arahnya namun ia menembusi badan makhluk tersebut.
Kebenaran makhluk ini belum dapat dibuktikan secara saintifik walaupun ada yang
mendakwa pernah menangkap gambarnya.
Sulur Bidar
mempunyai pelbagai versi, penemuan serta pandangan yang berbeza. Di bawah ini
beberapa versi yang akan diketengahkan.
Versi Pertama
Sulur
Bidar dikatakan berbentuk tikar putih, mempunyai kepala seakan-akan labi-labi
di setiap penjuru dan mempunyai kaki kecil seperti ulat gonggok yang banyak di
sekelilingnya.
Versi Kedua
Ada
sesetengah berpendapat Sulur Bidar merupakan haiwan seperti ular besar yang
menjalar di atas air dan ada juga mengatakan ia mempunyai kepala yang bulat
serta rambut dipenuhi ular berbisa.
Versi Ketiga
Sulur
Bidar dikatakan adalah seekor ular besar (Ular Bidang) yang berbentuk leper
seperti permaidani yang berukuran 4 meter x 4 meter.
Versi Keempat
Sulur
Bidar yang ditemui Red Indian kelihatan seperti minyak beku terapung di
permukaan air yang dapat melemaskan mangsa serta mampu memasuki lubang bot
untuk menangkap mangsa.
Versi Kelima
Sulur
Bidar merupakan makhluk halus dalam kepercayaan orang Melayu. Kemungkinan ia
terdiri daripada jin atau syaitan yang suka mengganggu manusia. Ia juga
dikatakan semangat jahat yang tinggal di dalam air. Ia menyerupai tikar
mengkuang yang hanyut dan akan menggulung serta melemaskan mangsanya.
Versi Keenam
Masyarakat
Sunda menggelar Sulur Bidar sebagai Leled Samak. Leled bermaksud menggulung
manakala samak bermaksud tikar. Kepercayaan mereka mengatakan Leled Samak
bermula apabila tikar bekas alas memandikan jenazah telah dibuang ke dalam
sungai yang kemudiannya diserap oleh makhluk halus penunggu sungai.
Maka
secara ringkasnya Sulur Bidar merupakan makhluk sangat misteri yang belum lagi
menemui jawapannya. Begitu banyak pendapat, pandangan dan penemuan namun
sehingga kini soalan yang belum lagi terjawab iaitu apakah sebenarnya Sulur
Bidar?
Sumber:
Sepat
0 Response to "SATU MAKHLUK YANG SENANTIASA MENGHANTUI KAKI PANCING"
Catat Ulasan