KISAH SERAM YANG TELAH DIKONGSIKAN OLEH SEORANG PENGGUNA FACEBOOK






Satu kisah seram mengenai perjalanan menakutkan seorang lelaki dikongsi di laman Facebook seterusnya menaikkan bulu-bulu roma pengguna Facebook yang membaca kisah tersebut.

Menurut pencerita kisah ini, kejadian berlaku ketika dia melalui lebuhraya pada jam 2 pagi.
Jom baca kisah ini, baca sorang-sorang ya :).

“Waktu tu dalam jam 2 pagi, aku tengah drive kereta menghala ke Jitra.. Tiba di satu kawasan tu, kereta rasa berat sangat-sangat, macam brake jem.
“Dengan rasa tak puas hati, aku turun periksa tayar mana tahu ada yang panas.. Semua ok saja. Aku pun fikir mungkin brake ok balik.

“Terus drive rasa sama berat juga. Aku ambil keputusan berhenti dekat RnR. Keadaan waktu tu sunyi, cuma ada 2 -3 biji kereta saja. Aku parkir kereta dan terus periksa empat tayar kereta aku. Masih ok dan tidak panas apa pun.

-Yang Lain Tak Turun Minum Ke?-

“Aku ambil keputusan untuk minum dulu, dah setel kunci kereta semua aku pun pesan lah air teh o panas dekat seorang mamat ni. Waktu aku order tu, dia tengok aku, lepas tu dia tengok kereta. Aku rasa macam pelik. Akhir sekali mamat ni tanya: ‘Abang minum sorang saja ke? Yang lain tak minum?

“Aku pun rasa lain macam, lalu aku jawab: ‘Yang lain??? Ooo depa dah minum tadi'”.

“Waktu tu memang aku tak tengok langsung dekat kereta aku, lepas mamat tu mai hantar air, dia masih tengok kat kereta aku, aku buat tak kisah la. Lepas siap minum, aku beranikan diri menuju ke kereta memang seram, tak tahu nak cakap.

“Elok je aku buka pintu, tiba-tiba pintu sebelah belakang terbuka sendiri. Waktu tu lutut aku rasa lembut sangat. Aku baca ayat-ayat suci Al-Quran, lepas rasa ok aku pun masuk dalam kereta. Start dan mulakan perjalan, Alhamdulillah, kereta dah ok.

Nak Pi Mana Ramai-Ramai ni? – Tanya Jurutol
“Sampai susur keluar Jitra, aku dikejutkan dengan dugaan yang lagi dasyat. Nak tahu apa? Juru tol tegur aq..hahahaha..die cakap ape tau? ramai-ramai nak pergi mana?
hahahaha, aku pun tergagap-gagap nak jawab. Aku buka radio dengar cd mengaji. Cermin pandang belakang aku memang tak tengok dah. Sebelah kiri pun aku tak jeling.

Lepas tu..ade satu Lori Ikut Belakang

“Tiba-tiba, ada lori ikut belakang, dia bagi lampu tinggi dan hon. Aku pun tak pasti apa tujuan dia. Dia tak potong kereta aku..

“Aku pun keluar ikut Jitra Utara, sampai kat situ aku rasa memang seram tak tahu nak cakap. Akhirnya segalanya ok selepas nak sampai rumah.
“Fuhh, seram cek ooi, siapa la yang ramai-ramai tumpang aku tu.. Alhamdulillah semua selamat.


Sumber : Hamba Allah

Related Posts:

0 Response to "KISAH SERAM YANG TELAH DIKONGSIKAN OLEH SEORANG PENGGUNA FACEBOOK"

Catat Ulasan