Perkahwinan adalah suatu fitrah..tetapi jika melakukannya dlam keadaan tergesa-gesa risau akan berlaku sesuatu yang sebaliknya. Pada zaman yg moden ini kita dihujani dngan kisah-kisah berkenaan kawin muda..tetapi kita tidak perlu untuk mengambil tindakan yang drastik untuk meniru atau melakukan sesuatu yang dilakukan oleh orang lain kerana tidak semua perkahwinan yang awal itu berakhir dengan jalan cerita yang indah..so harini admin nak kongsikan kepada korang semua kebaikan dan keuntungan berkahwin umur dalam lingkungan 30 ke atas.
Rata-rata masyarakat kita mengganggap usia 30-an adalah usia
yang telah terlewat untuk berkahwin. Bagi wanita, mereka akan lebih merasakan
tekanannya apabila sering ditanya soal perkahwinan. Bak kata orang, jodoh dan
pertemuan di tangan tuhan. Adakalanya jodoh ditemukan dengan pantas dan ada
kalanya ianya terlewat. Ingatlah perancangan tuhan sangat sempurna.
Jika anda telah mengenali seseorang yang sesuai untuk
dijadikan pasangan hidup, jangan memaksa pasangan anda untuk berkahwin
sekiranya salah seorang dari anda masih belum bersedia. Jangan sesekali takut
pada usia yang meningkat sekaligus memaksa anda untuk mempercepat mendirikan
rumah tangga.
Semakin meningkat usia semakin matang diri kita dalam
menghadapi ujian-ujian hidup lebih-lebih lagi pada zaman yang serba mencabar
kini.
Di sini kami kongsikan kebaikan dan keuntungan berkahwin
pada usia 30-an
1. Pemikiran Lebih Matang Dan Emosi Lebih Stabil
Menurut kajian, pada usia 30-an, setiap individu akan lebih
tenang dalam menghadapi pelbagai situasi. Pada usia ini, perasaan individu
untuk menghargai cinta dan menghargai diri seseorang akan lebih fokus.
2. Tidak Lagi Mengejar Keseronokan Dunia
Pada usia begini, rata-rata individu sudah puas berseronok.
Pelbagai kejayaan telah dikecapi baik di peringkat akademik dan mungkin di
bidang professional. Jadi, bercinta dan berkahwin pada usia begini pasti akan
lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu,
tetapi mencapai kebahagaian bersama di dalam rumah tangga.
3. Pembentukkan Jati Diri Lebih Kuat
Pada usia sematang ini, mereka yang telah berumur 30-an
telah membina jati diri yang kuat. Mempunyai karisma dan mempunyai matlamat
yang ampuh. Mereka yang mempunyai jati diri yang tinggi kebiasaannya dapat
memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih diredhai.
4. Memiliki Ekonomi Yang Kukuh
Kebanyakkan individu pada usia sebegini telah mempunyai
kerjaya yang tetap dan bagus. Mungkin ada di antaranya telah memiliki kediaman
sendiri dan mampu untuk menempuhi keadaan ekonomi yang mencabar. Oleh itu,
rumah tangga akan lebih bahagia sekiranya masalah-masalah kewangan dapat di
atasi.
5. Matang Sebagai Ibu Dan Bapa
Sekiranya dikurniakan rezeki dan cahaya mata, mereka yang
berusia 30-an ini pasti mampu menjadi ayah dan ibu yang baik. Kematangan dan
kesabaran yang tinggi akan menjadikan mereka ibu bapa yang mampu memberi kasih
sayang yang terbaik untuk anak.
itu sahaja yang admin dapat kongsikan kepada anda semua..terima kasih kerana sudi membaca
0 Response to "KELEBIHAN DAN KEBAIKAN BERKAHWIN KETIKA BERUMUR 30 TAHUN KE ATAS"
Catat Ulasan