True love is real, Seorang ustaz (kiai) meninggal sejam selepas isterinya

 




Indonesia: Makasar: Seorang kiai di Katangka, Gowa, Sulawesi Selatan men1ngg4l dunia selang sejam setengah selepas isterinya menghembuskan nafaas terakhir, malam Ahad lalu.

Portal Kompas melaporkan sebelum itu, Drs H M Idrus Makkawaru, 76, seorang kiai Nahdlatul Ulama (NU) Bantaeng sempat mengajar isterinya mengucap.

Isterinya itu, Sitti Saniah, 74, men1ingg4l dunia jam 8 malam, manakala Kiai Idrus menghembuskan naafaas terakhir pada 9.30 malam.

Ketua Kementerian Agama Wilayah Bantaeng, Muhammad Yunus berkata, ketika mengucapkan kalimah syahadah kepada isterinya, Kiai Idrus tidak dapat menahan kesed1h4n dan men1t1skan air mata.

“Ketika kiai mengucap kalimah itu, dia menitiskan air mata. Selang kira-kira sejam, dia pula men1ngg4l dunia,” katanya pada Rabu kepada portal Kompas.

Kiai Idrus mempunyai sejarah peny4k1t j4ntvng dan ketika h4y4tnya, adalah tokoh agama disegani dengan keperibadian mulia.

Beliau rajin beribadah dan baca al-Quran rutin harian.

Muhammad Yunus berkata, sepanjang h4y4tnya, Kiai Idrus mampu menghabiskan 10 juzuk al-Quran setiap hari selain sering menyampaikan ceramah di Masjid Tua Bantaeng.

“Jenazah suami isteri itu dibawa ke Bantaeng selepas Subuh sebelum disolatkan di Masjid Tua Bantaeng.

“Jenazah pasangan itu kemudian dikebumikan selepas solat Zuhur di Taman Pemakaman Umum (TPU) Letta, Jalan Dr Ratulangi, pada Isnin,” katanya.

Kiai Idrus pernah menjawat beberapa jawatan penting antaranya ketua Jabatan Agama Bantaeng pada 1989 hingga 2000 dan memiliki lima anak.

Isteri pertama Kiai Idrus, Sitti Djawiah men1ngg4l dunia 2014 sebelum tokoh agamawan itu menikahi saudara kandung Allahyarham isterinya.


Sumber: Kini.Mysumber

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Posts:

0 Response to "True love is real, Seorang ustaz (kiai) meninggal sejam selepas isterinya "

Catat Ulasan