KWSP Umum D!viden, Untung RM60 billion

 


MALAYSIA: KUALA LUMPUR: Kumpulan W@ng Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan d!viden sebanyak 5.20 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.90 peratus untuk Simpanan Shariah bagi tahun 2020.

Kadar dividen yang diumumkan dana persaraan nasional itu membabitkan agihan sebanyak RM47.64 bilion merangkumi, RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah dengan RM4.76 bilion.

Dengan purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.32 peratus bagi Simpanan Shariah selepas diselaraskan untuk inflasi, KWSP telah melebihi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada 2.00 peratus dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

KWSP berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk 2020 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik Coovid-19 dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.

 

 


Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, berkata KWSP sudah berjaya melindungi simpanan persaraan ahli dengan baik, di samping memenuhi keperluan mendesak untuk menangani cabaran semasa.

“Ada ketikanya, KWSP perlu mengambil keputusan yang sukar bagi memastikan ahlinya mampu bertahan dalam situasi semasa yang mencabar dan pada masa sama mengimbangi keperluan masa depan mereka.

“Penyebaran dan kebolehjangkitan Coovid-19 yang pantas telah menyebabkan ia sukar dibendung dan dikawal. Namun, langkah proaktif kami dalam menangani kesan daripada wabak berkenaan telah membantu kami untuk mengatasi pelbagai cabaran.

“Fokus ke arah digitalisasi telah membolehkan kami membantu ahli dengan lebih cekap dan lancar di samping memastikan KWSP tetap relevan dengan ahli yang kian celik teknologi,” katanya.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, berkata KWSP berupaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk tahun 2020 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik Coovid-19, dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.

“KWSP telah berjaya melindungi simpanan persaraan ahli dengan baik, di samping memenuhi keperluan mendesak untuk mereka menangani cabaran semasa. Ada ketikanya, KWSP perlu mengambil keputusan yang sukar bagi memastikan ahlinya mampu bertahan dalam situasi semasa yang mencabar dan pada masa sama mengimbangi keperluan masa depan mereka.

“Penyebaran dan kebolehjangkitan Coovid-19 yang pantas telah menyebabkan ia sukar dibendung dan dikawal. Namun, langkah proaktif kami dalam menangani kesan daripada wabak itu telah membantu kami untuk mengatasi pelbagai cabaran.

“Fokus ke arah digitalisasi telah membolehkan kami membantu ahli dengan lebih cekap dan lancar di samping memastikan KWSP tetap relevan dengan ahli yang kian celik teknologi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, tindak balas pantas KWSP dalam mengadaptasi strategi dan proses pelaburan telah berjaya memastikannya mampu mencapai prestasi yang optimum.

Katanya, KWSP juga akan terus memanfaatkan kekuatan kira-kira 250 anggota pelabur profesional KWSP yang komited dan proaktif dalam menguruskan portfolio pelaburan.

Sementara itu, menurut beliau lagi, kerjasama kukuh dan infrastruktur digital yang mantap juga telah melancarkan proses penyesuaian diri kami dengan norma kerja yang baharu.

“KWSP juga telah mengimbangi semula portfolio pelaburannya berdasarkan pertimbangan teliti yang menyeluruh. Ini mengambil kira pelbagai peristiwa global seperti pandemik Coovid-19, ketidakpastian pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada bulan November 2020, perang dagangan AS-China yang berterusan serta kesan daripada perundingan Brexit kepada pasaran modal di seluruh dunia,” katanya.

KWSP raih pendapatan pelaburan tinggi tahun lalu, RM60.98 bilion

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus memastikan pelaburannya dapat memberikan pulangan mapan jangka panjang dalam keadaan norma baharu meskipun meraih jumlah caruman yang lebih rendah bagi 2020.

Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, berkata KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi iaitu sebanyak RM60.98 bilion, yang mana RM6.15 bilion diperuntukkan kepada Simpanan Shariah.

Beliau berkata, prestasi yang baik itu adalah hasil daripada pendekatan yang berhemah berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) yang telah memastikan KWSP tetap berdaya tahan walaupun menghadapi krisis yang tidak dijangka ini.

Katanya, berdasarkan kelas aset, instrumen Pendapatan Tetap merangkumi 46 peratus daripada pelaburan, manakala Ekuiti sebanyak 42 peratus, Hartanah dan Infrastruktur serta instrumen Pasaran Wang masing-masing merangkumi lima dan tujuh peratus daripada pelaburan.

“KWSP ialah pelabur jangka panjang dan kekal komited dengan program diversifikasi merentasi kepelbagaian kelas aset, strategi, pengurus, pasaran, negara dan mata wang. Pendapatan daripada aset luar negara juga memainkan peranan penting bagi prestasi kami,” katanya.

Setakat Disember 2020, sejumlah 33 peratus daripada aset pelaburan KWSP berada di luar negara, merangkumi pelbagai kelas aset seperti ekuiti, khususnya ekuiti asing yang terus menjadi pemacu pulangan pendapatan pelaburan sebanyak RM28.71 bilion.

Sementara itu, portfolio ekuiti persendirian menunjukkan prestasi yang kukuh dengan agihan yang konsisten.

Menurut KWSP, walaupun indeks saham utama mengalami kerugian sebanyak 40 peratus pada suku pertama tahun lalu, KWSP mengambil peluang bagi mengimbangi portfolio dengan membeli aset yang kukuh pada harga yang berpatutan.

Katanya, pemulihan pada separuh tahun kedua berikutan pasaran domestik dan global yang kian baik turut menyumbang kepada portfolio pelaburan KWSP.

“Ini memberi peluang kepada KWSP untuk meraih keuntungan, terutama pada suku keempat tahun 2020. KWSP juga mengambil langkah proaktif dengan mengambil kira turun nilai kos sebanyak RM7.71 bilion daripada ekuiti tersenarainya untuk memastikan portfolio pelaburan jangka panjang kekal sihat.” katanya.

Tahun lalu, KWSP juga memperkenalkan beberapa kemudahan pengeluaran, iaitu i-Lestari dan i-Sinar yang memerlukan rancangan kecairan yang mantap susulan pandemik yang menjejaskan ahlinya.

Bagi memenuhi keperluan berkenaan, KWSP berkata, ia telah meningkatkan alokasi kepada portfolio instrumen Pasaran Wang yang menyumbang sebanyak RM1.19 bilion kepada pendapatan KWSP.

Dengan hampir separuh daripada keseluruhan peruntukan aset KWSP dalam instrumen Pendapatan Tetap, yang merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia & Bon Sama Taraf serta Bon & Pinjaman, KWSP dapat mengekalkan pulangan yang stabil dan mengambil peluang untuk meraih keuntungan apabila kadar faedah mengalami penurunan, dengan pendapatan sebanyak RM25.42 bilion, atau 42% daripada jumlah keseluruhan pendapatan kasar KWSP.

 

 


Kelas aset Hartanah dan Infrastruktur merekodkan pendapatan sebanyak RM5.66 bilion selepas berdepan dengan cabarannya yang tersendiri, apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan amalan bekerja dari rumah menjadi norma baharu dan memberi kesan kepada pendapatan yang lebih rendah daripada segmen tertentu dalam sektor hartanah.

Bagaimanapun, KWSP berkata, keseluruhan portfolio itu terus memainkan peranan penting sebagai pelindung nilai terhadap inflasi dengan pulangan sekitar 50 mata asas melebihi instrumen Pendapatan Tetap.

“Aset pelaburan keseluruhan KWSP meningkat 7.9 peratus kepada RM998 bilion, dengan nilai pasaran mencecah RM1.02 trilion pada hujung tahun lalu.

Jumlah ahli KWSP turut meningkat sebanyak dua peratus kepada 14.89 juta, sementara majikan yang berdaftar dengan KWSP adalah sebanyak 534,398.

KWSP kini memerlukan RM8.25 bilion untuk membayar setiap satu peratus untuk Simpanan Konvensional dan RM972 juta untuk membayar setiap satu peratus dividen bagi Simpanan Shariah bagi tahun 2020.

 

Sumber: Kini.Mysumber


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Posts:

0 Response to "KWSP Umum D!viden, Untung RM60 billion"

Catat Ulasan