Tak mahu kes dipanjangkan, pemilik anjing terima maaf posmen digantung kerja


Posmen Digantung Kerja Jumpa Pemilik Anjing, Mohon Maaf & Berdamai Cara Baik dan shahrul shiro sebagai orang tengah.

    Baru-baru ini tular di media sosial video berdurasi 21 saat menunjukkan seorang lelaki dalam pakaian seragam Pos Malaysia melastik seekor anjing. Perbuatan tersebut telah mengundang rasa marah orang ramai sehingga dia telah diambil tindakan gantung tugas oleh majikan.

Berikutan isu posmen melastik seekor anjing peliharaan hingga menyebabkan kecederaan pada mata kiri haiwan tersebut, pelakon dan pelawak Shahrol Shiro tampil mendedahkan lelaki itu merupakan salah seorang sahabatnya bernama Dollah.

Semalam, Shahrol memuat naik video mempamerkan pertemuannya bersama Dollah di mana lelaki terbabit mengaku bersalah dan menyesal di atas perbuatannya mencederakan anjing yang tidak bersalah itu.

Memandangkan dia telah menerima notis penggantungan kerja dari pihak Pos Malaysia, Dollah turut berharap agar isu tersebut tidak dipanjangkan oleh pemilik anjing berkenaan.


Video yang dimuat naik di ig milik Shahrul Shiro:




Pasangan suami isteri itu berbesar hati menerima kunjungan mereka berdua. Malah, mereka melayan Shahrol dan Dollah dengan penuh kemesraan seperti saudara sendiri.

Menerima permohonan maaf tersebut, En Siva tidak mahu memanjangkan isu dan memahami tugas posmen yang berdepan dengan tekanan serta cuaca yang tidak menentu.


Katanya lagi, kunjungan mereka telah disambut baik oleh En Siva dan Puan Magesh. Mereka juga dilayan dengan penuh kemesraan sehingga titik penyelesaian ditemui. 




Menurut Siva, dia telah menghubungi pihak Shahrol dan Dollah seawal pukul 10 pagi untuk berbincang berkenaan kes tersebut. Dia meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Dollah apabila dia digantung kerja oleh majikannya. Oleh itu, lelaki berkenaan mahu menyelesaikan kes itu secepat mungkin.


"Saya mohon maaf sangat. Abang tahu la kerja pos gaji bukan besar mana. Saya takut hilang saya punya karier. Saya minta maaf bang."

Sejurus itu, Dollah terus memohon maaf pada Siva dan memberi penjelasan lanjut tentang kesilapannya itu. Dia sedar akan kesalahannya sangat menyesal dengan perbuatannya menganiaya haiwan.

Bersimpati dengan nasib yang menimpa posmen tersebut, Shahrol memohon pihak syarikat menarik semula hukuman gantung kerja memandangkan dia mempunyai keluarga yang perlu disara. Dollah juga telah belajar daripada kesilapan dan benar-benar menyesal.

 Diharapkan tidak ada perbalahan yang akan datang dan diharapkan kedua-dua pihak berlapang dada. Terima kasih shahrul shiro kerana menjadi orang tengah.


Sumber: Oh!Media

Sumber: OhMyMedia


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.





Related Posts:

0 Response to "Tak mahu kes dipanjangkan, pemilik anjing terima maaf posmen digantung kerja"

Catat Ulasan