Pemilik anj!ng yang gigit t@ngan bayi sehingga putvs didend@ RM 1000




MELAKA – Se0rang pemasang jubin didenda RM1, 000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas meng@ku bersalah kerana cu@i meninggalkan anj1ng peliharaannya sehingga menyebabkan t@ngan k@nan seorang bayi perempuan digigit sehingga putvs, September lalu.

Majistret Mazana Sinin menjatvhkan hukvman itu terhadap tertuduh, Gan Tiong Guey, 41, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertudvhan, tertuduh didapati dengan cu@inya meninggalkan haiwan peliharaan iaitu seekor anj1ng dalam milikannya hingga menyebabkan kecederaan putvs t@ngan kanan seorang bayi perempuan berusia tujuh hari, yang juga merupakan anak saudaranya. – AlHijrah News.

T@ngan bayi putvs digigit anj1ng: Pemilik didenda tiada lesen

Melaka: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengesahkan pemilik anjing yang menggigit tangan kanan bayi perempuan berusia tujuh hari sehingga putus di Bachang di sini, Selasa lalu, tidak mempunyai lesen peliharaan haiwan itu.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, anjing jenis ‘Plott Hound’ itu sudah ditangkap dan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu bagi memastikan tiada gejala penyakit anjing gila (rabies).

“Susulan laporan diterima berkaitan kejadian itu, sepasukan anggota MBMB bersama polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri bertindak ke lokasi kejadian di Taman Widuri, Bachang.

“Berdasarkan rekod, pemilik anjing berusia 41 tahun itu tidak mempunyai lesen, malah anjing baka Jerman itu jarang dipelihara di negara ini dan tidak boleh dilesenkan.

“Sehubungan itu, tindakan tegas di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Anjing akan diambil ke atas lelaki berkenaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr Aidi Mohamad berkata, kuarantin haiwan dibuat selama 14 hari dan jika terdapat tanda virus rabies, haiwan itu akan dilupuskan.

Katanya, tangkapan anjing jantan yang menggigit bayi berkenaan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Binatang 1953 untuk pemerhatian penyakit anjing gila.

“Jika tiada tanda penyakit, anjing akan diserahkan semula kepada MBMB selepas tempoh kuarantin untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, Selasa lalu itu, seorang bayi perempuan berusia tujuh hari putus tangan kanan selepas digigit anjing peliharaan ahli keluarganya.

Ketika kejadian, bayi berkenaan dijaga makciknya di rumahnya itu.

Wanita terbabit membawa bayi berkenaan ke ruang tamu berdekatan pintu pagar rumah dengan tujuan dikenakan cahaya matahari bagi mengurangkan gejala demam kuning.

Sementara itu, usaha untuk menjejaki keluarga bayi malang terbabit bagi mendapatkan perkembangan terkini rawatan di tangannya, gagal.

Difahamkan, semua ahli keluarga mangsa berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL), tempat bayi itu menerima rawatan.


Sumber: Al-Hijrah News

Sumber: Rentas Malaysia


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.


Related Posts:

0 Response to " Pemilik anj!ng yang gigit t@ngan bayi sehingga putvs didend@ RM 1000"

Catat Ulasan