Hampir Lebih Dari Setengah Juta Rakyat Malaysia Suda Mendaftar Untuk Mendapatkan Vaksin COV-19 di MySejahtera



MALAYSIA- Seramai 637,000 individu dilaporkan telah mula mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 sejak pendaftaran vaksin dibuka secara rasmi melalui aplikasi MySejahtera semalam.

 

Aplikasi yang mempunyai 21 juta pengguna unik dan aktif, dengan 18 hingga 20 juta check-in ini juga dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyampaikan maklumat mengenai COVID-19 termasuklah vaksinasi dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

 

Meskipun begitu, kerajaan belum mewajibkan lagi penggunaan MySejahtera sebaliknya hanya menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan ia secara sukarela, demikian menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Mahesh Appannan.

 

Pendaftaran melalui Aplikasi MySejahtera merupakan antara lima kaedah pendaftaran secara dalam talian atau secara manual yang disediakan kerajaan untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dalam negara.

 

Terbaik rakyat Malaysia. Semoga kita semua terhindar dari penyakit ini. Diharapkan vaksin ini dapat membantu kita untuk meningkat kan imunisasi badan kita.

 

Apa-apa pun semuanya atas kehendak Allah S.W.T.


Mari ramai-ramai daftar untuk dapatkan vaksin anda

 

 

Sumber: Astro Awani

Sumber: Syok.my


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Posts:

0 Response to "Hampir Lebih Dari Setengah Juta Rakyat Malaysia Suda Mendaftar Untuk Mendapatkan Vaksin COV-19 di MySejahtera"

Catat Ulasan