Kes TERBARU COV-19 tiba-tiba melonjak naik kepada 3 digit, kes tempatan juga meningkat banyak

 


 

MALAYSIA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 12 kes yang telah pulih pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kes pulih adalah sebanyak 9, 136.

 

Menurutnya juga, terdapat sebanyak 100 kes baharu Cov-19 pada hari ini iaitu 85 kes tempatan dan 15 kes import. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 9, 559 kes. Kebanyakan kes hari ini dari Kluster Benteng (Sabah) iaitu 62 kes dan Kluster Sungai (Kedah) 23 kes.

 

Tiada kem4tian baharu yang dilaporkan pada hari ini.

 

Laporan dari Harian metro


Putrajaya: Jangkitan kes baharu Cov-19 yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melonjak lagi dengan merekodkan 100 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 9,559 jangkitan wabak itu dalam negara, setakat 12 tengah hari.

 


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 100 kes baharu yang dilaporkan, 85 kes adalah kes tempatan, manakala baki 15 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

 

Beliau berkata, 85 kes penularan di dalam negara membabitkan 55 warga Malaysia dan 30 bukan warganegara.

 

Kluster yang banyak

“Sebahagian besar kes dilaporkan membabitkan Kluster Benteng di Sabah dengan 62 kes, iaitu 32 jangkitan membabitkan warga Malaysia, manakala 30 lagi bukan warganegara.

 

“Selain itu, 22 kes lagi membabitkan warga Malaysia dari Kluster Sungai di Kedah dan satu lagi kes dari kluster sama di Perlis,” katanya dalam sidang media harian Cov-19 di sini, hari ini.

 

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, ada 12 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 9,136 kes.

 

Kes yang aktif

Justeru, katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Cov19 adalah sebanyak 295 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan di hospital.

 

“Ada tujuh kes positif Cov-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

 

“Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini, justeru, jumlah kumulatif kes kem4tian Cov-19 di Malaysia kekal 128 kes,” katanya.

 

Sumber: sk/Hmetro

Sumber: Rentas Asia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Posts:

0 Response to "Kes TERBARU COV-19 tiba-tiba melonjak naik kepada 3 digit, kes tempatan juga meningkat banyak"

Catat Ulasan