KPD Sg.Buluh nyatakan dakwaan Owner HBM fitnah, Sekali SPRM tahan 3 penguat kuasa MBSA

 


MALAYSIA: Sebelum ini Shafa’aton berkata, tindakan pengadu itu yang memuat naik dua video live menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia oleh En. Asri baru-baru ini  boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej dan integriti Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Selangor.

 

“Ini kerana maklumat yang diberikan dalam video berkenaan tidak tepat, sama ada ianya tohmahan dan sebagainya sehingga boleh menjatuhkan kredibiliti polis dalam menangani kegiatan perjudian di Sungai Buloh.

 

“Selepas pendedahan dari video live berkenaan, polis telah melakukan enam serbuan ke atas tempat premis seperti yang dinyatakan dan ditularkan dalam Facebook Hot Burger Malaysia.

 

“Lima daripadanya didapati kosong, manakala satu premis masih lagi beroperasi,” katanya dalam sidang media,

 

Tiga penguat kuasa MBSA cawangan Sungai Buloh ditahan SPRM



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Sungai Buloh kerana dipercayai telah bersekongkol mengutip dan menerima rasuah secara bulanan sebanyak rm3500 bagi melindungi premis-premis judi dan perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Sg Buluh.

 

Menurut sumber, dalam operasi yang dijalankan bermula jam 9 pagi tadi tiga pegawai penguatkuasa berusia antara 41 tahun hingga 49 tahun telah ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

 

 Sewaktu dipanggil untuk memberi keterangan. Dua penguatkuasa dari Cawangan Sg. buluh dan seorang daripada MBSA Shah Alam telah ditahan.

 

SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti yang telah ditularkan di dalam video live tersebut kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan perniagaan serta akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut.

 

Menurut sumber, peniaga ini telah beroperasi sejak tahun 2019. Beliau dikatakan membayar wang rasuah sebanyak RM300.00 sebulan kepada penguatkuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan sitaan atau serbuan.

Tangkapan dan serbuan ini dilakukan susulan pendedahan dua klip video live oleh facebook Hot Burger Malaysia yang telah tular di media sosial yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang.

 

 Selain itu, dikatakan telah menerima rasuah daripada premis-premis perniagaan tanpa lesen yang menjalankan perniagaan haram termasuk penjualan rokok seludup dan aktiviti perjudian di sekitar Sungai Buloh.

 

Jumlah rasuah bulanan



Tambah sumber, penguatkuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara RM300.00 ke RM3,500.00 sebulan bagi sebuah premis perniagaan.

 

Ini termasuk premis-premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen sah, penjualan rokok selvdup, gerai-gerai yang menjalankan perniagaan di tempat-tempat yang tidak dibenarkan seperti di Kawasan parking dan premis perjudian.

 

Wujud Pengkhianat yang membocorkan maklumat

 

Ada juga yang pegawai atau penguatkuasa yang berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi-operasi yang akan dilaksanakan.

 

Ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan telah diketahui awal oleh peniaga-peniaga haram ini.

 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak ianya disebabkan kutipan rasuah secara sindiket di kalangan anggota penguatkuasa.

 

“Beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan aktiviti rasuah di kalangan penguatkuasa untuk tampil memberikan kerjasama. Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya.” katanya

 

Siasatan dijalankan dibawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. Kesemua yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah bagi perbicaraan.


Sedutan Video 3 penguatkuasa Ditahan




Sumber: Info Rentas Asia

Sumber: Media Asia

Sumber: Bro Jinggo


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.



Related Posts:

0 Response to "KPD Sg.Buluh nyatakan dakwaan Owner HBM fitnah, Sekali SPRM tahan 3 penguat kuasa MBSA"

Catat Ulasan