Asri Janggut dakwa ada ‘ayahanda’ yang tak puas hati dengan apa yang dia buat

 


MALAYSIA: PENGUSAHA Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau dikenali ‘Asri Janggut’ mendedahkan beliau ada dihubungi individu yang mengaku sebagai ‘Ayahanda’.

 

‘Ayahanda’ tersebut tidak berpuas hati dengan tindakannya yang menjadi sebuah fenomena tular sebelum ini yang mana beliau telah membuat pendedahan dengan membuat video live mengenai kegiatan judi di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh, kelmarin.

 

“individu berkenaan yang mengaku sebagai ‘ayahanda’ kawasan itu menghubungi saya melalui panggilan telefon, semalam.” Kata Mohd Asri.

 

“Individu itu memberitahu dia tidak berpuas hati dengan tindakan saya yang membuat video live  mendedahkan mengenai kegiatan judi di kawasan ini dan berkata perkara yang dibuatnya itu adalah salah, namun tiada ugutan diterima.

 

“Saya sudah merujuk perkara ini kepada pihak polis menerusi perjumpaan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pagi tadi dan beliau memaklumkan akan melakukan siasatan,” katanya.

 

Perjumpaan Mohd Asri dengan KPN Malaysia



 

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh ketika hadir bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk meninjau lokasi yang dipercayai dijadikan sebagai premis judi di kawasan berkenaan.


 Perjumpaan Mohd Asri bersama Menteri dalam Negeri



Kelmarin, Mohd Asri membuat tiga video siaran langsung di akaun Facebook Hot Burger Malaysia dengan mendakwa wujudnya beberapa premis judi di Kawasan itu serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

 

Katanya, walaupun tiada ugutan diterima daripada mana-mana pihak  termasuk ‘Ayahanda’ tersebut berhubung pendedahan itu, namun beliau yakin keselamatannya dan keluarganya masih terancam.

 

“Mungkin hari ini tiada apa-apa yang berlaku, namun bahaya itu akan datang kemudian kerana isu ini masih ‘panas’. “ kata Mohd Asri

 

Video pertemuan Mohd Asri bersama Menteri Dalam Negeri



“Dalam perkara ini, pastinya ada risiko kerana mesti ada menyimpan dendam terhadap saya sama ada tauke judi, peniaga-peniaga dan yang berkaitan, disebabkan akibat membuat pendedahan berkenaan. Bagaimanapun, saya serahkan semuanya kepada Allah,” katanya.

 

Mengulas mengenai perjumpaannya bersama Abdul Hamid, beliau berkata, KPN Abdul Hamid mengucapkan terima kasih kerana membantu menyalurkan maklumat yang penting itu kepada pihak polis.

 

“Ketika perjumpaan tadi, Ketua Polis Negara mengucapkan terima kasih atas maklumat ini dan meminta untuk saya menceritakan mengenai segala perkara yang berlaku.

 

“Dalam perjumpaan antara saya dengan KPN, beliau memberikan kata-kata semangat kepada saya supaya tidak takut dalam mendedahkan perkara ini.

 

“Malah, Ketua Polis Negara memaklumkan akan membanteras kegiatan judi kerana beliau tidak suka aktiviti itu berleluasa di negara ini,” katanya.

 

 Kalau ikutkan bukan beliau sahaja yang tidak suka malahan seluruh rakyat tidak menyukainya kerana perkara itu hanya akan menjadi punya kepada berlakunya macam-macam jenayah.

 

Selain itu, Mohd Asri berkata, beliau sudah dihubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, semalam, untuk diambil keterangan mengenai laporan polis yang telah dibuat terhadapnya mengenai pendedahan itu.

 

“Saya sudah memaklumkan kepada pihak polis (IPD Sungai Buloh) akan tampil ke balai polis bersama peguam dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

 

“Persoalan sama ada saya akan ditahan atau tidak selepas mengambil keterangan nanti, itu saya tidak tahu.

 

 Namun, saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya yang memaklumkan sudah menyerahkan telefon bimbit miliknya kepada pihak polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut.


Video Mohd Asri menyatakan Tentang 'Ayahanda' menghubunginya





Semoga Allah melindungi sahabat kita yang mendedahkan perkara yang mungkar ini. Marilah kita ramai-ramai memberi sokongan agar PDRM dan pihak berwajib menjalankan tugas dengan seadilnya.


Sumber: Info Rentas Asia
Sumber: Malaysia Gazzete TV
Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Posts:

0 Response to "Asri Janggut dakwa ada ‘ayahanda’ yang tak puas hati dengan apa yang dia buat"

Catat Ulasan