PELAJAR dah bagus ikut SOP tetapi Rata-Rata IBU BAPA pula yang bersikap SAMBIL LEWA!!!!





INFO DALAM NEGERI: Ketika Murid Patuh dan akur akan SOP, Ibu Bapa pula SOP Kelaut. Ibu bapa pula bersikap sambIl lewa.  Cikgu Ini Luah Perasaan Tentang Ibu Bapa Yang Tak Ikut Peraturan.

 

Murid Tahun 1 hingga Tahun 4 mula menyambung sesi persekolahan mereka yang tertangguh kira-kira empat bulan akibat penularan wabak COVI19 hari ini dan rata-rata ibu bapa dilihat menitikberatkan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika sibuk menguruskan anak masing-masing ke sekolah.

 

Tinjauan para wartawan mendapati ibu bapa memang gembira kerana anak-anak mereka dapat meneruskan pembelajaran di sekolah, namun pada masa sama masih ada perasaan bimbang dan khuatir mengenai keselamatan anak-anak mereka daripada ancaman COV-19.

 

Salah seorang bapa yang menghantar anak mereka iaitu En. Perdip Singh, 42, yang menghantar anaknya ke Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak awal pagi tadi berkata segala persiapan sekolah diatur seminggu awal dan dilakukan dengan teliti bermula dari rumah hingga ke pintu sekolah.

 


“Isnin baru-baru ini, sekolah ini ada kongsikan link video menerangkan SOP persekitaran sekolah dan kelas pelajar serta laluan yang sudah ditanda, saya dan anak menonton video berkenaan. Untuk itu, saya sentiasa nasihat anak supaya patuh SOP di mana sahaja dia berada.

 

“Sebelum bergerak dari rumah hari ini, saya pastikan dia dalam keadaan sihat dan bersedia untuk meneruskan dan focus untuk belajar di sekolah. Saya bekalkan pelitup separuh muka dan cecair pembasmi kuman serta tentunya memberi bekal makanan dari rumah,” katanya.

 

CIKGU INI BERITAHU MASALAH BERKAITAN ‘SOP’ ADALAH DISEBABKAN SIKAP IBU BAPA

 

Seperti dijangka dihari pertama sekolah dibuka sepenuhnya. Di dalam sekolah cikgu-cikgu memastikan murid mengikut SOP sepenuhnya.

 

Makan pun cuma DI dalam kelas. Bilik-bilik khas tidak dibenarkan guna untuk mengurangkan pergerakan dan mengelakkan sentuhan diantara mereka.

 

Masuk je melalui pagar sekolah, elok murid-murid beratur dan follow SOP. Namun sebaik balik sekolah, segala punah dan hancur. Semua dari mereka terus tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan yang dilakukan Ketika hadir ke sekolah di waktu pagi.

 

Bukan sahaja murid, ibubapa yang tak sabar-sabar nak ambil anak-anak juga berasak-asak tanpa hiraukan SOP, tanpa pakai pelitup muka, bertegur sapa sesama mereka sambil bersalaman seakan-akan macam tiada apa yang berlaku.



 

Mungkin mereka tak menyedari bahawa Wabak ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar, dan sudah beberapa tempat kembali kuning dan ada kes aktif COVID-19 di negara kita. Dan ini sangat membimbangkan. Berkemungkinan mereka tidak menyedari juga bahawa wabak ini maut penghujungnya.

 

Banyak negara yang sudah hamper pulih sebelum ini kini kembali terkurung akibat peningkatan mendadak kes di negara mereka.

 

Jika wujud kluster sekolah di negara kita, ia merupakan malapetaka yang amat besar kerana bilangan murid-murid dan staff dalam sesebuah sekolah beribu jumlahnya itu jika satu sekolah. Jika berpuluh-puluh sekolah yang dijangkiti maka sudah tiada jalan untuk Kembali seperti sediakala.

 


Seterusnya, mereka ini bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain  yang mana akan membuatkan ruang dan peluang untuk dijangkiti lebih besar dan lebih ramai orang yang akan terlibat dan mungkin akan menyebabkan ramai orang yang x bersalah dijangkiti wabak ini.

 

Ini bukan perkara kecil WAHAI RAKYAT MALAYSIA. Tolonglah ambil serius dalam menangani hal ini. Tolonglah jaga penjarakan sosial, tolonglah ambil langkah keselamatan, tolonglah amalkan langkah pencegahan dan tolonglah setkan di minda bahawa negara kita bahkan dunia kita masih belum surut akan wabak ini.

 

Kami tidak sanggup lagi untuk mengharungi PKP yang amat memeritkan ini sekali lagi. Tolonglah WAHAI RAKYAT MALAYSIA. Masih tidak ada kesedarankah jika berlakunya PKP sekali lagi, berapa ramai orang yang menjaga diri mereka dalam menangani wabak ini dengan sebaiknya bakal dan akan dibuang kerja, tiada duit untuk makan dan menyara keluarga

 

Tolong terus berdisiplin ye semua. Tolong sangat-sangat ya.

 

Semoga kita semua dilindungi dari virus bahaya ini. Amin.

 

Nota : Gambar kiriman kawan maya menunjukkan situasi yang berlaku di sekolahnya. Lokasi sekolah dirahsiakan, namun rasanya situasi ini berlaku di hampir semua sekolah di Malaysia

 

SUMBER:  FB Mohd Fadli Salleh

SUMBER  Info Rentas Asia

 ARTIKEL: The Tular

 SUMBER: Utusan Borneo


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.


Related Posts:

0 Response to "PELAJAR dah bagus ikut SOP tetapi Rata-Rata IBU BAPA pula yang bersikap SAMBIL LEWA!!!!"

Catat Ulasan