Lelaki Mabuk, Mengaku tidak Bersalah Menyebabkan Kematian Muhammad Akmal



KUANTAN - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kematian seorang pekerja kilang di Jalan Sungai Lembing pada Isnin lalu.


K Mandave Singh, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Izzati Zakaria.


Tertuduh yang beralamat di Bandar Tambun Ipoh didakwa memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dengan kadar alkohol di dalam darah melebihi had yang ditetapkan sehingga menyebabkan kematian kepada Muhammad Akmal Hakim Misnan, 22.


Mandave didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Sungai Lembing berhampiran kedai pemborong runcit Chop Seng Fong, di sini, jam 1.10 pagi pada 1 Mac lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 44 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 yang boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun serta boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000.


Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani menawarkan ikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin berserta beberapa syarat tambahan seperti perlu melaporkan diri di balai polis, pergantungan lesen dan pasport perlu diberikan kepada mahkamah.


Bagaimanapun, peguam mewakili Mandave, Farah Naz Kumar memohon ikat jamin dikurangkan susulan anak guamnya tidak bekerja.


Majistret Nor Izzati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin.


Beliau juga mengarahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan, menyerah pasport kepada mahkamah dan lesen memandu digantung sehingga kes selesai.


Video Lelaki tersebut dibawa keluar dari Mahkamah:



Mahkamah menetapkan 23 April depan sebagai sebutan semula kes.


Pada Isnin, seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di Jalan Sungai Lembing.


Dalam kejadian jam 1.10 pagi itu, Muhammad Akmal Hakim meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.


Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan ke Kampung Padang.


Ketika di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mangsa secara tiba-tiba dirempuh MPV Toyota Avanza dari arah belakang menyebabkan mangsa terjatuh di tengah jalan.


Sumber: Harian Metro

Sumber: Astro Awani

Sumber: Sinar Harian


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.



Related Posts:

0 Response to "Lelaki Mabuk, Mengaku tidak Bersalah Menyebabkan Kematian Muhammad Akmal"

Catat Ulasan