Gerai Minuman D!serang, Shuk D!sindir ker@na Tiada Kerja Selepas isu Hangat yang Timbul sebelum ini





Malaysia: Pelawak dan pengacara kontroversi, Shuk Sahar akui terkejut selepas diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika sedang berniaga air di tepi jalan di Wangsa Maju.

Memetik Utusan Online, Shuk berkata ketika kejadian dia bersama pembantu peribadinya Iskandar Nurzaman, didatangi seorang lelaki menaiki Myvi putih yang disangkakan mahu membeli minuman.

Shuk juga mendakwa dia turut disindir oleh pemuda itu mencari rezeki dengan cara tersebut selepas kehilangan kerja berikutan isu hangat yang terjadi kepadanya sebelum ini.

Video Pendek selepas Lelaki itu Menolak meja niaga Shuk:





Dia memberhentikan kenderaanya di depan gerai, tetapi dari awal lagi saya sudah rasa pelik, dia pegang telefon seolah-olah sedang merekod video. Saya dan Iskandar tanya dia mahu beli minuman yang mana sebelum tiba-tiba disindir oleh lelaki itu." kata Shuk ketika menceritakan keadaan yang terjadi

Kemudian,Berang dengan tindakan lelaki tersebut yang menyindir saya, Iskandar cuba mempertahankan saya sebelum lelaki tersebut bertindak agresif dan cuba memukulnya.


“Saya cuba halang dan mungkin kerana tidak puas hati, dia kemudiannya menolak barangan jualan di meja sebelum pergi begitu sahaja,” katanya.

Video pendek ketika lelaki tersebut datang dan menyindir:




Setelah kejadian itu, Shuk masih tertanya-tanya apakah motif sebenar lelaki tersebut dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

“Saya sempat tengok nombor plat keretanya tetapi tak akanlah saya nak sebarkan pula. Buat masa sekarang, saya tengok dulu macam mana, kalau perlu buat laporan polis, mungkin saya akan pergi ke balai." Kata shuk

“Saya cuma nak tahu kenapa dia tergamak buat begitu dan apa niatnya sebab seolah-olah dia memang mahu cari pasal sejak dari awal,” katanya

Sumber: ROTIKAYA

Sumber: Kini.MySumber


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.


Related Posts:

0 Response to "Gerai Minuman D!serang, Shuk D!sindir ker@na Tiada Kerja Selepas isu Hangat yang Timbul sebelum ini"

Catat Ulasan