KUALA
LUMPUR- Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah telah menamatkan zaman
bujangnya malam tadi dengan pilihan hatinya, Wan Emir Astar Wan Mohd Khair-il Anuar
di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.
Mira
atau nama sebenarnya, Nuramira Filzah Badioezaman, 27, mula mengedarkan
jemputan majlis perkahwinannya menerusi aplikasi Whatsapp kepada rakan media
semalam.
Pelakon yang popular dengan tayangan Bidadari Kiriman Tuhan itu berkata menerusi satu temubual berkata, dia tidak dapat
menyembunyikan perasaan gementar dan gusar menjelang detik ijab kabul itu.
“Sebagai
seorang bakal pengantin, saya akui perasaan agak bercampur baur dengan rasa
risau dan gementar.
“Namun
saya bersyukur kerana segala persiapan berjalan dengan lancar, Insya-Allah,”
jelas Mira dalam program Malaysia Hari Ini sewaktu majlis khatam Al- Qurannya
yang diadakan bersama adiknya Ahad lalu.
Dalam
pada itu, pemegang trofi Bintang Paling Popular 2019 ini berkata, dia terbuka
hati untuk menerima lamaran Wan Emir kerana sifatnya yang bertanggungjawab dan
disenangi orang sekeliling.
“Saya
dapat lihat dia sebagai bakal suami dan juga bakal bapa kepada anak-anak saya
kelak,” katanya.
Dalam
pada itu, Mira turut mengumumkan stesen televisyen TV3 akan menjadi media rasmi
untuk menyiarkan detik bersejarahnya.
“Pihak
TV3 akan membuat lintas langsung bagi majlis perkahwinan saya dan Emir pada
malam ini dan menjadi platform untuk kemas kini langsung sepanjang acara
berjalan,”katanya lagi.
Pada
Julai lalu, Mira mengesahkan dia dan Wan Emir yang juga anak sulung kepada
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura
Yazid telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
Permulaan Wan Emir dan Mira berkenalan
Menurut Mira,
perkenalannya bersama Emir bermula Ramadan tahun lalu selepas jejaka berkenaan
menghantar mesej peribadi kepada emaknya.
"Sebelum itu
pada Ramadan tahun lalu, Emir ada menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram
dengan berkongsi mesej kerohanian tetapi saya tak layan.
"Percubaannya
tidak terhenti di situ apabila menghantar pula DM kepada emak. Kebetulan emak
memang mengenali arwah bapa Emir, jadi mereka saling berkomunikasi.
“Sehinggalah emak
minta saya supaya mengenali Emir dan minta saya berjumpa dengannya. Punca saya
terbuka hati semuanya disebabkan ibu dan bapa. Jadi saya pun membalas DM
daripada Emir dan hubungan itu kemudiannya berlanjutan ke aplikasi
WhatsApp," katanya.
Menurut
Mira Filzah lagi, pernikahan yang sepatutnya diadakan pada Oktober depan,
terpaksa dipercepatkan kerana kakak sulungnya yang menetap di Amerika Syarikat
tidak dapat berada disini untuk tempoh yang panjang.
Rakaman Detik-detik berlangsungnya Pekahwinan MIRA
Sumber: Iluminasi
Sumber: Era
Sumber: Utusan Malaysia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
"BILA DENGAR MASJID DI MADINAH DAH BUKA, TERUS TERFIKIR PINTU IBADAH UMRAH JUGA PASTI AKAN TERBUKA 🕋!"
.
Bila Allah dah buka semula peluang ni, Mesti ramai dekat luar sana yang berhajat nak menunaikan umrah kan? Mana tidak nya, Hati sangat rindu dengan Haramain. Allahuakbar.’’.
Ada tak yang berminat untuk tunaikan umrah dengan pantas tanpa bayaran penuh?
.
Jangan risau, Tiada unsur penipuan atau apa2 "interest" dari harga pakej ya.
.
TAPI Sebelum tu, Mesti baca sampai jelas!.
𝗧𝗨𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗥𝗠 𝟱𝟰𝟵 (𝑏𝑒𝑟𝑔𝑎𝑛𝑡𝑢𝑛𝑔 𝑗𝑒𝑛𝑖𝑠 𝑝𝑎𝑘𝑒𝑗)
.
✅ Ansuran bulanan mengikut harga pakej
✅ Menggunakan kad kredit Maybank
✅ Tempoh 6 hingga 12 bulan
.
𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗢𝗬𝗔𝗟 𝗣𝗥𝗘𝗠𝗜𝗨𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟
.
✅Harga mampu milik yang sangat berpatutan
✅Hotel bertaraf 5 bintang
✅Makanan yang sedap selera Malaysia
✅Mutawwif berilmu dan berpengalaman
✅Insuran perlindungan perjalanan
✅Kursus umrah online percuma
.
Bonus percuma 🔥🔥 :
.
💥Beg Luggage exclusive berkualiti tinggi
💥Air zam-zam 5 liter
💥Kursus umrah bermodul mudah faham sepanjang tahun
.
Tekan link dibawah untuk dapatkan maklumat lanjut:
.
▶️www.wasap.my/60129470477/EzUmrahJuara
▶️www.wasap.my/60129470477/EzUmrahJuara
▶️www.wasap.my/60129470477/EzUmrahJuara
0 Response to "Tahniah Mira Filzah kerana sudah bergelar seorang isteri, semoga bahagia ke Jannah"
Catat Ulasan