PDRM membuat Laporan polis kepada ‘Owner’ HBM kerana video dakwaan yang viral semalam

 

MALAYSIA: POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat laporan polis berkaitan video yang dibuat secara ‘live’ Owner Hot Burger Malaysia yang telah menjadi viral semalam.

 

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, laporan dibuat seorang pegawai polis susulan video yang telah  tular daripada page HBM dan pemilik akaun Facebook ‘Asri Janggut’.

 

“Dalam video berkenaan juga didapati pemilik akaun berkenaan tidak berpuas hati atas tindakan penyitaan ke atas gerai burger milik beliau yang dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tetapi gerai-gerai lain tidak disita sedangkan ada yang meniaga di atas parking dan juga ada yang meniaga rok0k seludup secara haram berdekatan Kawasan tersebut”.

 

“Pengadu yang membuat laporan polis merasakan video yang tular di media sosial berkenaan boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua Polis Balai Sungai Buloh”, serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, PDRM dan kredibiliti Ketua Polis Selangor,” katanya pada sidang media, di Sungai Buloh, hari ini.

Shafa’aton berkata, susulan maklumat yang diberikan dalam video live berkenaan, sepasukan polis daerah Sungai Buloh telah membuat enam serbuan di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang ditularkan.

 

“Dalam s3rbuan berkenaan polis menahan du@ lelaki warga B@ngladesh selain merampas empat tabl3t dan wang tunai berjumlah RM114.

 

“Manakala lim@ lagi serbuan yang dilakukan  di tempat berlainan telah didapati premis berkenaan yang dinyatakan di dalam live tersebut sebenarnya tidak beroperasi, jelas ia adalah tohmahan,” katanya.


Video Live dari 'Owner' Hot Burger Malaysia


Bismillah... dengan pendedahan ini saya mungkin akan di bunuh... jika saya mati dibunuh saya harap tuan2 tahu siapa punya angkara... mari saya tunjukkan bagaimana MBSA pilih bulu, anda nilai lah sendiri intergriti ketua MBSA Cawangan Sungai Buluh...

Posted by Hot Burger Malaysia on Saturday, August 8, 2020

Menurutnya, sebelum video yang dibuat secara ‘live’ itu ditularkan, polis sudah membuat serbuan di beberapa lokasi yang dikenal pasti menjalankan perniagaan haram ini.

 

“Apa yang ditularkan itu adalah fitnah sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi dan imej PDRM.

 

“Saya menyeru kepada orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada yang lain melalui saluran yang disediakan,” katanya.


SIDANG MEDIA DARI PDRM SUNGAI BULOH


[LIVE] Sidang media tergempar oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkenaan video premis judi tular di kawasan Sungai Buloh. Lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.

Posted by Sinar Harian on Saturday, August 8, 2020

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Harian Metro 


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Related Posts:

0 Response to "PDRM membuat Laporan polis kepada ‘Owner’ HBM kerana video dakwaan yang viral semalam"

Catat Ulasan