MALAYSIA: 12 Ogos – Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut iaitu Pengasas Hot
Burger Malaysia membuat kenyataan bahawa ramai anggota polis dan tentera
mempunyai masalah disiplin, merokok dan tidak melaksanakan solat lima waktu.
“Kebanyakkan
yang masuk jadi polis dan jadi tentera ni yang tak jaga solat. Kebanyakannya
memang tak jaga solat, dengan merokok dan sebagainya.” Kata Mohd Asri
“Terlalu mudah,
cair cepat, hisap rokok, tak jaga sembahyang. Cuba tanya anggota polis, subuh
sembahyang tak? Pernah tak bawa Isteri pergi sembahyang subuh Bersama? Pernah
tak tanya anak apa itu Syahadah?” katanya dalam siaran langsung yang disiarkan
di Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Beliau yang lebih
mudah dikenali sebagai Asri Janggut turut menegaskan adalah lebih bagus pasukan
keselamatan untuk menyerap lulusan tahfiz ke dalam pasukan polis dan tentera
kerana mereka telah diterapkan dengan nilai-nilai akhlak dari awal.
“Sebenarnya
institusi polis, kastam, SPRM dan tentera, yang masuk dari lepasan-lepasan
tahfiz lagi bagus, kena serapkan mereka ini, kerana mereka mumpunyai
akhlak-akhlak yang baik.” Kata Mohd Asri
“Memang kena
diserapkan kerana mereka ada akhlak sebenarnya,” kata Asri dalam satu siaran
langsung di Facebook.
Menurutnya,
pelajar lepasan tahfiz mempunyai asas agama yang lebih kukuh kerana telah diberi
didikan sedemikian.
Rakaman video
siaran langsung tersebut turut tular di media sosial dan mengundang kemarahan,
cemuhan dan kritikan dari para netizen kerana mereka merasakan tuduhan itu
tidak berasa.
Selain itu,
ramai netizen yang turut meluahkan kekecewaan mereka terhadap Asri Janggut
berikutan kenyataannya sedemikian rupa terutamanya selepas kejayaan beliau
membongkar aktiviti perjudian di Sungai Buloh.
Antara Reaksi
Para netizen yang kecewa dengan kenyataan Mohd Asri
“Jangan cakap
macam ahli syurga seolah-olah semua askar dan polis tak solat. Jangan cuba
rasakan diri kau terlalu alim,” kata Jun Komando dalam hantaran media
sosialnya.
“Elok-elok org
puji la ni dah terbalik, tak pasal-pasal kena kecam. Kepada Abang Janggut,
berhati-hatilah bila mikrofon ditangan. Fikir dulu sebelum cakap,” kata Mohd
Rohaizal Abd Rahaman.
“Allah boleh
angkat seseorang sekelip mata tapi jangan lupa Allah juga bole tarik nikmat
sekelip mata. Jadi bila buat statement berfikir dahulu,” komen Redzuan Rashid
di akaun media sosial Hot Burger. – airtimes.my
Antara ‘Screenshot’
Kecaman dan kritikan netizen dengan kenyataan Mohd Asri
Mohd Asri Memohon Maaf Diatas keterlanjuran kenyataannya
TERBARU: Selepas daripada membuat
dakwaan dan tohmahan mengenai kebanyakan anggota polis dan tentera tidak
menjaga solat semalam, pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, hari ini
tampil membuat permohonan maaf secara terbuka disebabkan keterlanjurannya.
Mohd Asri, 42,
yang lebih dikenali sebagai Asri Janggut, ketika ini telah mengakui
kesilapannya dan kekhilafannya itu, beliau berjanji tidak akan menyentuh atau
mengulas sebarang perkara yang berkaitan dengan dua pihak berkuasa itu pada
masa depan.
Katanya, beliau
juga tidak berniat membuat kenyataan yang mengguris hati rakyat Malaysia
khususnya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) serta berjanji tidak mengulangi kesilapan sama.
"Saya,
Mohd Asri Hamid dengan ini sepenuh hati, rendah diri dan sehina-hinanya memohon
maaf kepada seluruh anggota PDRM dan ATM atas kesilapan, kejahilan dan
kebodohan saya kerana celuparnya mulut saya yang membuat satu kenyataan
mengatakan kebanyakan polis malas solat.
"Saya
memohon jutaan maaf kerana saya tidak jangka boleh cakap macam itu. Mereka
adalah Tunjang negara, saya sekali lagi memohon maaf kerana Allah, maafkan atas
segala kesilapan saya.
"Saya
mengakui kebodohan, kesilapan saya dan reda atas apa yang berlaku, sekali lagi
saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya PDRM dan
ATM," katanya melalui rakaman video yang di muat naik melalui facebook
page Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
VIDEO MOHD ASRI MEMOHON MAAF DI MUAT NAIK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Tiada manusia yang sempurna. huhu.
BalasPadam