Kluster Sivagangga mungkin adalah perebak utama ‘Super Spreader’ - Dr Noor Hisham

 

MALAYSIA: Kementerian Kesihatan (KKM) bimbang kluster Sivagangga yang bermula di Kedah ada berkait rapat dengan genom Covid-19, yang juga dikenal pasti sebagai perebak utama (super spreader) di Mesir dan Pakistan.

 

Ketua Pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu sidang media hari ini bahawa pihaknya mendapati kluster tersebut - yang telah dapat dikesan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) berpunca daripada pemilik sebuah kedai nasi kandar di Jitra – yang mana kadar penyebaran wabak ini tersebar "sangat cepat" berbanding kluster lain di negara ini.

 

"Yang kita lihat sekarang kluster ini proses merebak wabak ini lebih cepat dibandingkan sembilan kluster lain di Sarawak dan sebagainya.

 

"Kajian sedang dijalankan sama ada kita sedang menghadapi satu kluster iaitu genome 614, iaitu kluster ‘super spreader’.


"Super spreader ini telah dimaklumkan kepada kementerian iaitu dari Mesir dan juga Pakistan.

 

"Besar kemungkinan ini mungkin adalah kluster super spreader," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

 

Dr.Noor Hisham merujuk kepada mutasi D614G, yang dipercayai oleh pakar kesihatan seluruh dunia sebagai strain Covid-19 yang lebih mudah merebak berbanding yang lain.

 

Perebak utama atau 'super spreader' adalah istilah yang merujuk kepada strain Covid-19 yang mempunyai kadar jangkitan lebih tinggi dan digunakan untuk merujuk pesakit positif yang menyebarkan penyakit itu kepada sebilangan besar individu lain.


Untuk rekod, kluster Sivagangga dikesan akhir bulan lalu apabila pemilik restoran terbabit diuji positif Covid-19.

 

Lelaki itu pulang dari India pada 13 Julai dan sepatutnya berada dalam kuarantin di rumah akan tetapi dilaporkan gagal mematuhi arahan berkenaan.

 

KKM melaporkan kluster tersebut setakat ini mencatatkan 30 kes positif Covid-19, termasuk kanak-kanak.

 

Menurut Noor Hisham, kementerian akan mengambil sampel Covid-19 dari pesakit yang terkait dengan kluster tersebut, dan mengkaji urutan genomik virus berkenaan.

 

Semasa sidang media hari ini Dr.Noor Hisham berkata kes indeks kluster Sivagangga merupakan contoh bagaimana seseorang individu boleh menyebarkan virus  berkenaan kepada ramai yang lain akibat gagal mematuhi garis panduan pihak berkuasa kesihatan.

 

Beliau menyamakan kluster ini dengan apa yang terjadi di Victoria, Australia, apabila individu yang pulang dari luar negara menjangkiti sebilangan besar rakyat di negara itu.

 

Sementara itu, Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa penggunaan termometer harus dilakukan dengan cara yang betul.


Mengulas dakwaan yang tular baru-baru ini bahawa termometer tanpa sentuhan boleh membahayakan apabila digunakan di dahi, beliau menegaskan tiada kajian saintifik membuktikan kesan sampingan tersebut.

 

Beliau berkata penggunan termometer yang salah seperti pada bahagian badan yang lain, boleh menyebabkan hasil baca suhu badan tidak tepat.

 

Mengenai perkara lain, Noor Hisham berkata kementerian bekerjasama dengan badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan lain untuk menyediakan pelitup muka yang boleh digunakan semula oleh pelajar sekolah.

Hati-hati lah wahai rakyat Malaysia. Jangan pentingkan diri. 

Sumber: Malaysia Kini


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Jom Tekan LIKE dan SHARE page kami yang terdapat di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Posts:

0 Response to "Kluster Sivagangga mungkin adalah perebak utama ‘Super Spreader’ - Dr Noor Hisham"

Catat Ulasan